JANGAN LABEL KAUM DENGAN NAMA NEGATIF – TPM - pakdin.my

HULU SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak mahu melihat rakyat Malaysia dilabelkan dengan nama negatif mengikut kaum.

Sebagai contoh, beliau berkata, sebelum ini kongsi gelap sering dilabelkan kepada kaum India, kaum Melayu sinonim dengan dadah dan judi dilabelkan kepada kaum Cina.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu bersatu dan menolak tanggapan negatif terhadap sesuatu kaum untuk terus mencapai kemajuan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak seperti di negara lain, Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sangat menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyatnya.

“Walaupun terdapat perbezaan, kita kena cari titik persamaan dan perbezaan itu disatukan dengan kita fahami budaya, agama dan keturunan kaum lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2016 ,yang dihadiri kira-kira 20,000 orang di Batang Kali, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Majlis itu adalah antara enam acara sambutan perayaan terbesar peringkat kebangsaan yang dianjur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Majlis itu diisi dengan pelbagai acara kebudayaan yang menarik seperti tarian dan nyanyian oleh artis tempatan.

Pengunjung turut disediakan dengan jamuan rakyat, yang menyajikan pelbagai juadah dan makanan tradisi masyarakat India serta makanan tempatan.

20161119-deepavali-malaysia-batang-kali

UTAMABERITAJANGAN LABEL KAUM DENGAN NAMA NEGATIF - TPM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium