25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Jangan Lepaskan Koo Ham Dari Tindakan Undang-Undang

Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya, namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega.

Mesej dari twitternya yang mempertikaikan kesungguhan umat Islam membantah filem Innnocence of Muslims terbukti adalah satu bentuk penghinaan yang mendedahkan betapa tidak sensitifnya pemimpin DAP itu terhadap hati nurani orang Islam.

Paling mengguris hati bila komen negatif oleh Koo Ham itu umpama sengaja menyimbah minyak pada api yang sedang menyala. Satu langkah songsang yang seperti sengaja mahu mengundang amarah khalayak ramai.

Kerosakan sudah berlaku dan ia tidak dapat diperbetulkan dengan hanya sekadar melalui permohonan maaf sahaja. Sesuatu perlu dilakukan supaya keceluparan dan keterlanjuran sedemikian tidak lagi berulang.

Sejak negara mengalami tsunami politik tahun 2008 yang menyaksikan DAP muncul sebagai pembangkang yang kuat, sudah acapkali sensitiviti umat Islam diuji manakala kesucian agama Islam sengaja diperlekehkan.

Koo Ham bukanlah orang pertama dari kalangan pemimpin DAP yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam. Sudah kerapkali DAP melahirkan pemimpin yang akal pendek dan sering bertindak sedemikian rupa.

Sebelum ini DAP pernah menjuarai isu kalimah Allah s.w.t yang mahu diguna pakai oleh pendakwah dan penganut Kristian. Beberapa ketika sebelumnya ayat-ayat suci Al-Quran dibaca sesuka hati oleh pemimpin politik bukan Islam untuk memenuhi selera politik DAP.

Lama sebelum itu ada kalangan pemimpin DAP mempertikaikan kewajaran meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan.

Malah kesucian Rumah Allah s.w.t seperti surau dan masjid juga pernah beberapa kali tercemar gara-gara dijadikan pentas politik oleh beberapa pemimpin DAP yang berlagak umpama tok imam dan ustaz bertauliah dengan menyampaikan ‘tazkirah’ di ruang utama solat.

Semua kelakuan itu berlaku tidak sahaja menjadi saksi betapa rendahnya kefahaman dan sensitiviti para pemimpin DAP malah membuktikan betapa perlunya satu langkah tegas untuk membendungnya dari berlaku lagi di kemudian hari.

Justeru itu, langkah pengajaran berbentuk hukuman tertentu perlu diambil segera. Koo ham perlu melalui proses tersebut dan dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang.

Jika tidak, dikhuatiri selepas ini makin ramai penyokong dan pemimpin DAP yang berkongsi fahaman serupa seperti Koo Ham muncul dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang agama dan bangsa ini.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Malaysia Mahathir punya – Najib Razak

Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan