30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Jangan mudah terpedaya maklumat jenayah di laman sosial – Polis Diraja Malaysia @PDRMsia

Gambar pergaduhan kongsi gelap di India
Gambar pergaduhan kongsi gelap di India

Polis Daerah Klang Utara menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penyebaran sebarang maklumat mengenai kejadian jenayah di kawasan berkenaan yang disebar menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata tindakan menyebar pelbagai kegiatan jenayah yang kononnya berlaku di kawasan itu sehingga menjadikan orang ramai berasa terancam, disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata dalam tempoh dua bulan tahun ini, hanya satu kejadian jenayah berkaitan samun berlaku di daerah tersebut dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Kita sentiasa buat pemantauan berterusan berhubung sebarang perilaku jenayah sama ada melibatkan warga asing atau warga tempatan termasuk kegiatan gangsterisme bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Polis juga sudah mengenal pasti mana-mana individu yang terlibat dengan kegiatan gangsterisme dan kawalan serta rondaan sering dilakukan bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terpelihara,” katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas satu kejadian merusuh melibatkan lima lelaki warga asing sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang daripada mereka di sebuah pusat beli-belah di sini, Jumaat lepas.

Mohd Shukor berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, empat daripada lima lelaki berkenaan dipercayai berhibur di sebuah pusat karaoke di situ sebelum suspek datang dan bertengkar antara satu sama lain.

Beliau berkata akibat pertengkaran itu, seorang daripada tiga lelaki tersebut ditetak beberapa kali oleh suspek menggunakan parang.

“Sehubungan itu, kita menahan enam lelaki serta tiga wanita termasuk suspek semalam, di sebuah premis di Jalan Goh Hock Huat di sini bagi membantu siasatan dan merampas tiga parang serta sebilah pisau disyaki digunakan dalam pergaduhan itu.

“Kita akan terus kumpulkan maklumat berkaitan bagi mendakwa mereka di mahkamah atas perbuatan menimbulkan kekecohan di tempat awam,” katanya.

Mohd Shukor berkata hanya dua daripada tujuh individu yang ditahan memiliki pasport antarabangsa manakala selebihnya adalah pendatang asing tanpa izin yang bekerja sebagai buruh kasar di negara ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu gusar dengan tahap keselamatan di kawasan itu kerana polis sentiasa memantau kegiatan jenayah dari semasa ke semasa, malah pihaknya juga tidak menerima sebarang ancaman keselamatan ke atas penduduk berhubung kejadian tersebut.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.