25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Jangan Politikkan ECRL – PM

Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa supaya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak dipolitikkan mana-mana pihak dengan mendakwa kononnya sebagai menjual kedaulatan negara.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya projek itu adalah untuk memberi keselesaan kepada rakyat di negara ini khususnya bagi masyarakat Pantai Timur.

“Yang saya musykil bila projek ini begitu menguntungkan negara khususnya negeri-negeri Pantai Timur, dan diakui boleh menjadi game-changer (pendekatan khusus), boleh mengubah gaya hidup kita lebih moden, lebih progresif…ada pula orang yang cuba menidakkan usaha ini kononnya kita menjual kedaulatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan sesi Pemeriksaan Awam yang pertama bagi projek ECRL di ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di sini Rabu.

Najib turut membayangkan apabila siap kelak, ECRL sudah pasti akan menjimatkan masa orang ramai untuk pulang ke kampung halaman khususnya semasa cuti perayaan.

“Saya difahamkan perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Gua Musang ke Kota Bharu waktu perayaan memakan masa sehingga 12 jam atau lebih. Ini tidaklah keadaan yang seharusnya kita biarkan selama-lamanya,” kata Najib.

Perdana Menteri mengumumkan cadangan pembinaan ECRL sepanjang 600 kilometer yang bernilai RM55 bilion sewaktu pembentangan Bajet 2017, yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat, Kelantan.

Projek itu dijadual bermula Julai tahun ini dan dijangka siap pada Jun 2024.

Sementara itu, Najib berkata orang ramai dipelawa memberikan pandangan masing-masing berhubung projek ECRL sepanjang tempoh sesi Pemeriksaan Awam projek itu selama tiga bulan bermula Rabu sehingga 5 Jun depan.

“Mereka boleh memberi pandangan sama ada secara dalam talian atau datang sendiri ke ibu pejabat SPAD,” katanya.

Selain itu, sesi Pemeriksaan Awam juga akan diadakan di 38 lokasi yang dikunjungi orang ramai termasuk pejabat-pejabat daerah di Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh di Kelantan, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman dan Dungun di Terengganu serta Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong di Pahang.

Sesi Pemeriksaan Awam akan mempamerkan cadangan laluan kereta api dari Wakaf Bharu ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak, stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung dan ciri-ciri projek ERL.

 

 

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...