25 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Jangan Potong Duit Bantuan RM100, Kata Muhyiddin Kepada PIBG

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.

“Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun…ini keputusan kerajaan.

“Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain’,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.

Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.

Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.

“Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong. makin terbebanlah rakyat.

“Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Ini yg terjadi di sekolah ****..masalah yuran RM200 / RM300++ dah satu beban ..tiba2 dipotong pulak..nasib baik lah jika ada baki kalau balik dgn tangan kosong pasti hampa rasa anak2 betul x?? Sekarang malaysia dh maju, jadi x salah jika sebagai ibubapa kami berikan pendidikan yg berlaianan utk masa depan mereka agar boleh menguasai pelbagai bahasa.Salahkah kami nak anak2 pandai bahasa lain??? X kisah lah yuran beratus-ratus yg penting anak kami pandai tapi pihak sekolah jgn berat sebelah dan pandang pada bangsa sendiri saja…INGAT KITA DUDUK DLM 1MALAYSIA!!!

  2. Ini yg terjadi di sekolah ****..masalah yuran RM200 / RM300++ dah satu beban ..tiba2 dipotong pulak..nasib baik lah jika ada baki kalau balik dgn tangan kosong pasti hampa rasa anak2 betul x?? Sekarang malaysia dh maju, jadi x salah jika sebagai ibubapa kami berikan pendidikan yg berlaianan utk masa depan mereka agar boleh menguasai pelbagai bahasa.Salahkah kami nak anak2 pandai bahasa lain??? X kisah lah yuran beratus-ratus yg penting anak kami pandai tapi pihak sekolah jgn berat sebelah dan pandang pada bangsa sendiri saja…INGAT KITA DUDUK DLM 1MALAYSIA!!!

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.