Sejak pagi kecoh dengan penularan video lucah yang dikaitkan dengan seorang pemimpin di pelbagai grup whatsapp dan platform media sosial.
Pandangan saya kita harus kekal berpegang kepada prinsip Islam untuk mengelakkan diri daripada turut menyebarkannya agar tidak dilaknat Allah dan dibuka keaiban kita di dunia dan di akhirat kelak. Lebih membimbangkan jika video tersebut adalah palsu; pastinya dosanya lebih besar dan laknat Allah yang lebih berat bakal menimpa kita.
Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.”
(riwayat al-Tirmidzi, no:2032)
Oooo Patut lah RUU 35 tak di luluskan.Bab orang biasa kena tangkap Khlawat…tangkap tak puasa.Berita serta gambar klua TV klua Paper..tak buka aib ke?
Ermmm
Ok video mgkin blh di pertikaikan mcm mana pengakuan terbuka ‘ pasangan gajah ‘ yang berlaga belalai ????
TAKDE pun sebar video..
Cerita dh tersebar….
Tumpang dengar je..
Itulah yg sebaik baiknya..
Ikut nasihat pas tlg tutup aib Azmin ali