Jangan Sekat Orang Ramai Daripada Mendapat Maklumat – Pensyarah AS - pakdin.my

Kerajaan tidak harus menyekat hak orang ramai daripada mendapat maklumat yang sepatutnya mereka peroleh, melalui pelbagai peraturan dan undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS).

Jane E.Kirtley, Professor, Fakulti Kewartawanan dan Komunikasi Massa University of Minnesota berkata bagi negara yang mempunyai undang-undang seumpama itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memansuhkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan bidang akta itu kepada beberapa jenis dokumen dan hanya sesetengah orang yang tertakluk di bawah undang-undang itu.

“Saya rasa adalah salah untuk mana-mana kerajaan menyekat maklumat awam dengan mengisytiharkan maklumat itu sebagai sulit,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramah pada bengkel bertajuk “Media dan Undang-undang & kod Etika” anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini hari ini.

Kirtley berkata jika mengekalkan OSA atas sebab keselamatan negara, kerajaan perlu menjelaskan maklumat tertentu yang akan diklasifikasi sulit kerana setiap negara mempunyai situasi berbeza dalam perkara yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau menyebut contoh kerajaan British memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1911, yang menyebut bahawa adalah menjadi satu kesalahan jenayah untuk mendedahkan sebarang maklumat rasmi tanpa kebenaran pihak berkuasa, dan menggantikannya dengan Akta Rahsia Rasmi 1989.

Mengikut undang-undang baru itu, adalah menjadi kesalahan untuk mendedahkan maklumat rasmi hanya jika ia tertakluk dalam kategori khas dan hanya jika pendedahannya menggugat kepentingan negara.

Kirtley berkata wartawan tidak seharusnya dikehendaki mematuhi OSA kerana ia melanggar kod etika kewartawanan untuk mencari kebenaran, kejujuran, keadilan dan keberanian dalam mengumpul, melapor dan mentafsir maklumat.

UTAMABERITAJangan Sekat Orang Ramai Daripada Mendapat Maklumat - Pensyarah AS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium