Jangan Terpedaya Dakyah Pembangkang Banding Pelabuhan Hambantota Sri Lanka Dengan ECRL - pakdin.my

1. Terdapat propaganda baru-baru ini dari pihak pembangkang menggunakan isu pajakan 99 tahun pelabuhan Hambantota kepada syarikat China yang diberikan oleh kerajaan Sri Lanka untuk mengurangkan hutang mereka daripada China – dan seterusnya mendakwa bahawa ini adalah risiko terhadap kedaulatan negara kerana kapal perang China mungkin berlayar di sana.

2. Pakatan mendakwa projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) mungkin mengalami nasib yang sama kerana melibatkan pinjaman dari China.

3. Perbandingan sedemikian mungkin menakutkan mereka yang kurang berpengetahuan tetapi apabila anda memahami perbezaan, anda akan ketawa terhadap propaganda mereka.

4. Kapal perang Cina tidak akan berlayar di ECRL kerana buat masa ini tidak wujud pun ‘keretapi perang’ yang akan melalui landasan dan oleh itu tidak ada apa yang perlu ditakuti.

5. Juga, apa yang tidak ditekan oleh penyokong Mahathir ialah pelabuhan itu adalah pajakan 99 tahun kepada Cina – bukan perpindahan pemilikan secara kekal. Ini tidak jauh berbeza dengan Mahathir yang menyewa 54,000 ekar tanah di Johor kepada Singapura selama 72 tahun dalam perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1990.
Lihat sini: https://pakdin.my/tanah-trx-tak-sama-dengan-tanah-di-johor-yang-mahathir-dah-gadai/

6. Tetapi tidak ada yang menuduh Mahathir “menjual negara” ketika itu.

7. Kedua, pelabuhan Hambantota itu sendiri adalah projek gajah putih gergasi dan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sri Lanka yang gagal untuk membangun sebuah bandar yang baru bernama Hambantonta di wilayah Hambantota.

8. Kerajaan Sri Lanka memberitahu bahawa penduduk Bandar Hambantota adalah seramai 11,200 orang pada tahun 2001. Anggaran terkini mungkin menunjukkan seramai 50,000 orang yang tinggal di sana sekarang. Malah Kepong mempunyai lebih ramai penduduk berbanding Hambantota.

9. Lihat Peta Google terkini untuk melihat betapa kecilnya tempat itu.

10. Selain pelabuhan, kerajaan Sri Lanka juga membina Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala di sana dan biasa dipanggil lapangan terbang antarabangsa yang paling sepi di dunia.
https://www.cnbc.com/2017/12/13/india-and-china-rivals-compete-for-control-of-empty-sri-lanka-airport.html

11. Itulah sebabnya pelabuhan Hambantonta berhempas pulas untuk menarik mana-mana kapal atau trafik – menjadikannya satu usaha yang membawa kepada kerugian yang besar setiap tahun.

12. Di samping itu, kerajaan Sri Lanka terperangkap dengan hutang kerana mereka mempunyai nisbah hutang kepada KDNK setinggi 86.9% berbanding 50.7% bagi Malaysia.

13. Tetapi apa yang menjadikannya berkali ganda lebih buruk bagi Sri Lanka ialah 43% daripada hutang mereka didenominasikan dalam mata wang asing berbanding hanya 2.5% untuk Malaysia.

14. Memandangkan 97.5% hutang kerajaan Malaysia dibuat dalam Ringgit dan kita mengawal Ringgit, kita tidak akan menghadapi masalah yang sama seperti Sri Lanka.

15. Rizab FOREX Sri Lanka iaitu pada AS$5.12 bilion pada Mac 2017 berbanding AS$102.2 bilion yang dimiliki oleh Malaysia.
Lihat sini: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4566&lang=bm

16. Di samping itu, Sri Lanka mengalami defisit bagi kedua-dua perdagangan dan defisit akaun semasa berbanding dengan lebihan (surplus) yang dinikmati oleh Malaysia – oleh itu Sri Lanka akan menghadapi masalah meningkatkan rizab FOREX mereka

17. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kos projek ECRL RM55bil tidak semestinya tinggi jika mengambilkira bahawa ia akan dibayar secara ansuran selama 20 tahun dan mengambil kira saiz ekonomi Malaysia ialah RM1.3 trilion sekarang.

18. Malah, Petronas sahaja mempunyai baki tunai sebanyak RM129 bilion hari ini manakala KWSP mempunyai RM780 bilion – bermakna Malaysia lebih daripada mampu membiayai projek ECRL tanpa bantuan asing jika mahu.
https://pakdin.my/keuntungan-dan-tunai-petronas-meningkat-kalau-zaman-mahathir-dah-kena-samun-bagi-kroni-dan-keluarga-sendiri/

19. Oleh itu, secara mudahnya, kita tidak boleh dijadikan perbandingan antara keadaan Sri Lanka dengan pelabuhan Hambantota dan projek ECRL negara.

20. Janganlah terpedaya oleh hasutan pembangkang.

Eric See-To.

UTAMAEKONOMIJangan Terpedaya Dakyah Pembangkang Banding Pelabuhan Hambantota Sri Lanka Dengan ECRL

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium