26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Jangan Terpedaya Tawaran Kewarganegaraan Di Luar Negara – Zahid

zahid-kerakyatan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara supaya jangan mudah terpedaya hasutan pembangkang atau tawaran syarikat menjanjikan taraf kerakyatan sesebuah negara.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraan tidak mudah mendapat kembali taraf kewarganegaraan itu selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Bagi mereka yang melucut kerakyatan ‘tiada maaf bagimu’, kecuali mengikut Peraturan 16A sebagaimana yang ada dalam Peraturan Imigresen 1963.

“Jangan sekali-kali mudah melucut kewarganegaraan, jangan benci pada negara ini dan terjebak dengan kebencian kononnya berhijrah ke negara luar dan ada syarikat yang menguruskan kewarganegaraan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Jom Sihat’ anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Sabtu.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang mempunyai Pas Residen (PR) untuk bekerja atau belajar di luar negara dan berhasrat kembali ke tanah air untuk menjadi tenaga profesional, kepulangan mereka akan dipermudahkan.

“(Ini kerana) mereka (individu profesional) adalah bakat, tenaga cendekiawan, mereka mempunyai ilmu balik ke negara ini untuk membantu pembangunan ekonomi Malaysia,” katanya.


Sementara itu, Ahmad Zahid menafikan kenyataan Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik daripada DAP yang mendakwa kononnya sebanyak 1,000 pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia.

Beliau berkata setakat ini hanya tiga orang pemegang pasport BOC diterima pulang ke Malaysia tetapi mereka menerima Pas Residen dan bukannya taraf kewarganegaraan.

“Untuk (negara) UK (United Kingdom) sebanyak 673 orang (melucutkan kewarganegaraan Malaysia) telah memohon (untuk kembali menjadi warganegara) dan daripada jumlah itu sebanyak tiga orang diberi taraf Pas Residen,” jelasnya.

Semalam, Ahmad Zahid berkata Pas Residen hanya merupakan kebenaran yang diberikan kepada warganegara asing untuk tinggal di Malaysia untuk tempoh lima tahun dan boleh memohon untuk disambung setiap lima tahun.

“Sekiranya pemegang Pas Residen ini ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses sebagaimana warganegara asing yang mahu memohon dan mereka perlu menunggu 17 tahun dan membuktikan bahawa mereka taat setia kepada negara dan memenuhi syarat permohonan termasuk ujian kemahiran dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...