27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Jangan terpengaruh dengan janji pembangkang – Mohamad Hasan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan penduduk negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan janji kosong parti pembangkang yang sememangnya pandai membuat pelbagai janji, namun ternyata tidak mampu ditunaikan.

“Jangan dengar cakap orang (pembangkang)….janji macam-macam. Dia boleh buat janji macam-macam. Janji dulu air percuma….memang percuma pun sebab tidak ada air. Malah dulu janji kata tidak ada cukai, tapi kini cukai naik berkali ganda.

“Janji dulu nak beri elaun kepada ibu tunggal setiap bulan, tapi tidak ada pun. Bahkan ramai daripada penduduk kaum India di sempadan Selangor-Negeri Sembilan iaitu di Sepang dan Semenyih, masuk ke Negeri Sembilan minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kita luluskan,” katanya di sini, malam tadi.

Mohamad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Perak dan sambutan Deepavali Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di sini.

Turut hadir ialah Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan dan Presiden IPF Negeri Sembilan, S. Visvanathan.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama Sambanthan berkata IPF akan terus memberi sokongan pada calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 walaupun parti itu belum menganggotai BN.

“Kita adalah ‘Friends of BN’ dan akan terus memberi sokongan kepada BN.

Seperti mana yang semua ketahui, PRU14 ini adalah satu cabaran besar kepada BN dan kita mempunyai pengalaman untuk membantu menguatkan jentera pilihan raya BN.

IPF kini mempunyai lebih 138,000 ahli dengan 79 bahagian di seluruh negara,” katanya.

Sambanthan berkata walaupun pembangkang ada membuat tawaran kepada IPF untuk menyertai mereka tetapi IPF tetap dengan pendirian menyokong BN.

“Sebagai ‘Friends of BN’ kita setia dan tetap sokong BN. Kita tidak boleh tolak BN kerana kita tahu BN banyak membawa pembangunan dan kemajuan kepada negara dan dalam masa yang sama turut membela nasib rakyat Malaysia.

“Kita sedar parti pembangkang tidak boleh membawa banyak kebaikan kepada rakyat negara ini dan kita tolak mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka merasmikan Perhimpunan Agung IPF ke-24 2016 di Putrajaya pada 6 Nov ini.

20161009-jgn-percaya-janji-pembangkang-mohamad-hasan

Berita Berkaitan

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan