25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Jangan terpengaruh mesej ancaman pengganas

“Setakat ini tiada laporan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai ancaman serangan itu. Jadi, saya minta orang ramai tidak terpengaruh dengan kenyataan yang tidak dapat dipastikan kesahihan, sebaliknya hubungi pihak polis”.

pdrm ISItu kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berhubung dakwaan yang tersebar di aplikasi WhatsApp, kononnya anggota kumpulan pengganas Daesh (IS) sudah menetapkan beberapa lokasi di ibu negara sebagai sasaran serangan.

Menurut Tajudin, penyebaran berita palsu itu bertujuan menakutkan rakyat negara ini.

“Kami sentiasa melakukan pemantauan, meningkatkan rondaan serta kawalan di tempat tumpuan ramai. Anggota kami cukup, dua kali ganda daripada jumlah anggota polis yang ditugaskan pada hari biasa,”

Mesej WhatsApp mengenai ancaman serangan pengganas Daesh disebarkan pihak tertentu secara meluas sejak semalam susulan penahanan 4 individu sepertimana yang diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Artikel sebelum iniDua beradik lemas di Papar
Artikel seterusnyaMaharaja Kinta la pulak dah

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.