26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Jangan terpengaruh pelawaan Dr M sertai PPBM, Ku Li nasihat ahli Umno

Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan ahli Umno tidak terpengaruh dengan pelawaan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai parti itu atas alasan menguatkan kedudukan orang Melayu kerana Pakatan Harapan sedang berpecah belah.

“Jangan kita bimbang dengan apa yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin PH. Dia hendak tengok orang Umno masuk PPBM untuk kukuhkan kedudukan Melayu.

“Dia itu siapa sibuk-sibuk nak ajak kita? Kita bersatu, dia yang tidak bersatu, dia lari,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk di Perak yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook.

Pada 5 Julai lalu, Mahathir dilaporkan mempelawa semua parti politik Melayu, termasuk Umno untuk menyertai PPBM bagi memperkasakan kuasa politik kaum majoriti itu.

Katanya, orang Melayu kini berpecah kepada 6 parti dan kewujudan banyak parti politik Melayu akan menyebabkan peluang memenangi pilihan raya semakin tipis.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li menyifatkan saingan merebut jawatan presiden dengan Mahathir dalam pemilihan Umno pada 1987 ialah peristiwa paling mencabar buat dirinya.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata, beliau bersama beberapa pemimpin parti ketika itu dibenci Mahathir sehingga digelar “makhluk perosak”.

“Ketika saya lawan dia (Mahathir) pada 1987, dia kata saya makhluk perosak apabila Umno diharamkan. Selain saya, dia juga kata Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Musa Hitam makhluk perosak.

“Sengaja hendak burukkan kita supaya dia boleh memagarkan parti yang dia tubuh supaya kita tidak menyertai parti itu.”


Beliau mendakwa Mahathir berbuat demikian kerana takut kepada pengaruh kuat pemimpin lain yang tidak sehaluan dengannya.

“Sebenarnya dia takut ketika itu sehingga dia mengharamkan cikgu-cikgu daripada aktif dalam Umno. Semua cikgu diharamkan memegang jawatan dalam Umno kerana dia takut dengan Musa Hitam. Musa Hitam sangat popular di kalangan cikgu-cikgu di seluruh negara.

“Oleh kerana itu, kita menjadi lemah. Inilah perbuatan yang hanya melihat kepada diri dan tidak lagi kepada perjuangan yang mesti diutamakan.”

Saingan sengit pada April 1987 itu menyaksikan Ku Li tewas kepada Mahathir dengan hanya 43 undi dan Umno diharamkan pada 1988.

Ku Li kemudiannya menubuhkan Semangat 46 sebelum pilihan raya umum 1990 yang bekerjasama dengan beberapa parti pembangkang utama ketika itu seperti PAS, DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara sama berlaku dalam PH ketika ini, apabila pemimpinnya mahu mentadbir Putrajaya hanya untuk jawatan, sebaliknya kebajikan rakyat dan janji manifesto pilihan raya umum ke-14 gagal ditunaikan.

“Ini masalah kita hadapi sekarang, PH hari ini dia nak kuasa, bukan lain daripada itu. Selepas diberi kuasa, tiada perubahan dibuat, samua janji kosong.”

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...