30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Jangan Viralkan Maklumat Palsu Berkaitan Air Pasang Besar – SKMM

Ombak besar di Mengabang Telipot
Ombak besar di Mengabang Telipot

KOTA BAHARU – Orang ramai diminta supaya tidak menyebar gambar dan maklumat palsu berhubung kejadian air pasang besar yang kononnya berlaku di Pantai Timur, semalam.

Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur, Md Rusli Ahmad berkata tindakan itu bukan hanya menimbulkan keresahan orang awam, malah menyusahkan pihak berkuasa.

“Pihak yang memuat naik gambar dan maklumat palsu dalam laman sosial adalah tidak bertanggungjawab.

“Keadaan ini boleh mencetuskan suasana panik terutama bagi penduduk pesisir pantai dan anggota keluarga yang berada di luar negeri terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung penyebaran beberapa gambar dan maklumat tidak tepat mengenai fenomena air pasang besar yang dikatakan berlaku di Kelantan dan Terengganu, semalam yang disiarkan di laman sosial.

Berdasarkan laman-laman sosial yang dilayari mendapati beberapa gambar yang dimuat naik adalah gambar lama termasuk ketika kejadian bah kuning di Kelantan pada Disember 2014.

Md Rusli menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang disebarkan terutama melalui laman sosial, tanpa terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa.

Katanya SKMM memandang serius berhubung perkara itu dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari satu tahun.

“Saya harap semua pihak perlu ada sikap bertanggungjawab dan jangan menyalahgunakan kemudahan teknologi terkini sehingga boleh memberi kesan negatif kepada orang ramai,” katanya.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan