Janganlah digadaikan aqidah, wahai sahabat-sahabatku di Jabatan Perdana Menteri #KERAjaanTomato - pakdin.my

#MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #AwasiMusuhIslam

Bacalah Al-Qur’an, wahai sahabat-sahabatku di Jabatan Perdana Menteri. Bacalah, nescaya anda akan memperolehi pahala dan dibimbing untuk memahami musuh-musuh Islam di kalangan kamu sendiri.

Ketahuilah, bahawa musuh-musuh Islam yang berada di kalangan kamu sendiri mengetahui akan rahsia Al-Qur’an dan terusik akan kemampuan firman Allah membawa para pengikut-Nya kearah kemenangan dan kejayaan di belahan dunia.

Ketahuilah juga, bahawa di antara fungsi Allah menurunkan Al Qur’an adalah sebagai mu’jizat, di mana kisah-kisah Nabi membuktikan bahwa mu’jizat yang Allah turunkan kepada setiap Nabi yang diutus berjaya menggentarkan musuh-musuh Islam.

Fahamilah, bahawa Islam memiliki panduan sempurna yang, apabila dihayati, akan menjurus kepada kemenangan bagi umat Islam.

Akurlah, bahawa pengetahuan inilah yang menyebabkan musuh-musuh Islam sentiasa melakukan pelbagai tipu muslihat, termasuklah berpura-pura memasuki Islam untuk mengganti identitinya ataupun membubarkan institusi-institusi Islam demi mengelak golongan munafiq dan kafir dari manghayati firman Allah.

Insaflah, wahai sahabat-sahabatku di Jabatan Perdana Menteri.

Lakukanlah apa yang perlu dilakukan demi memartabatkan institusi Islam di tanahair yang tercinta ini.

Jangan sekali-kali bersetongkol dengan musuh-musuh Islam, kerana percayalah, bahawa kemenangan akan sentiasa berpihak di sebelah Rasul-Rasul Allah dan orang-orang mukmin.

…………………
‘KERAJAAN KAJI TERUSKAN ATAU BUBAR IKSIM’

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji sama ada mengekal atau membubarkan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata kerajaan telah membekukan permohonan dana institut itu sehingga kajian mengenainya selesai dilaksanakan.

“Sejak kemasukan kami di JPM, (wakil) IKSIM tak pernah menunjukkan wajah mereka. Kita memang sedang mengkaji semula dan kita tahu ia ditubuh bawah syarikat swasta namun kita sedang kaji dengan teliti (penubuhannya).

“Malah permohonan mereka untuk jumlah dana dibekukan, kita tidak luluskan sehingga kita bersihkan dan menilai semula sama ada kita ingin tukar (ahli) lembaga, teruskan atau bubar,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu pendirian kerajaan terhadap IKSIM yang didakwanya tidak bebas daripada pengaruh politik kepartian.

Menjawab soalan asal Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berhubung tuntutan pembubaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Fuziah berkata kerajaan tidak akan menghapuskan institusi itu sebaliknya menambah baik serta memperkasakannya.

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/748466-kerajaan-kaji-teruskan-atau-bubar-iksim.html

…………..
Rujukan:

https://pakdin.my/tag/iksim

https://pakdin.my/tag/jakim

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAJanganlah digadaikan aqidah, wahai sahabat-sahabatku di Jabatan Perdana Menteri #KERAjaanTomato

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium