Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Janggal bagi UMNO tinggalkan PN sekarang, kata penganalisis

Adalah “amat janggal” bagi UMNO menasihatkan ahli parlimennya dan menteri serta timbalan menteri daripada  parti itu  untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional, menurut seorang penganalisis.

Penganalisis Politik dan Geostrategis Dr Azmi Hassan berkata ini adalah kerana sebilangan menteri  UMNO memegang portfolio penting  dan penarikan sokongan mereka boleh menjejaskan program pemvaksinan kebangsaan,  dan beliau memberi contoh seperti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Apa yang saya bimbangkan jika mereka berdua menarik sokongan, ia akan mewujudkan satu ketidakseimbangan dalam pelaksanaan vaksinasi kita yang berada pada peringkat  yang amat penting sekarang, “ katanya dalam program  “Mid-Day Update” Bernama TV berjudul “Current Political Climate and Mandate on Vaccination” (Iklim Politik Semasa dan Mandat ke atas Pemvaksinan) hari ini.

Azmi berkata rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan menumpukan 100 peratus pada situasi semasa, menstabilkan ekonomi dan memerangi peningkatan kes-kes COVID-19.

“Pada masa ini, kami sebagai rakyat tidak berada di dalam keadaan yang terbaik, kami mahukan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya mengendalikan isu ini,” kata beliau.

“Bagaimanapun dengan tekanan politik semasa daripada pembangkang, saya rasa kerajaan akan mendapati adalah sukar untuk menumpukan kepada kehendak rakyat, maka oleh itu semua polemik politik perlu dihentikan,” katanya.

Beliau juga berkata keputusan untuk membentangkan usul undi percaya ke atas perdana menteri dalam sidang Dewan Rakyat bulan hadapan adalah kaedah terbaik untuk meredakan kemelut politik di dalam negara.

“Usul itu merupakan langkah terbaik, membenarkan Parlimen membuat keputusan adalah langkah ke hadapan terbaik,” katanya.

Walaupun ada pihak mempersoalkan kenapa ia perlu dibawa pada bulan hadapan dan bukan sekarang, apa yang penting pembentangan usul itu merupakan langkah ke hadapan terbaik,” katanya lagi.

— BERNAMA

Berkaitan