Janji Harapan tinggal kanji - pakdin.my

#JanjiPalsuRejimPH

“…bercakap soal kenaikan itu, ia bukannya akan dinaikkan terus sehingga 100 peratus namun secara berperingkat semi mendapatkan bekalan air terawat yang lebih baik,” jelas Dr Xavier Jayakumar apabila mengumumkan peningkatkan tarif air Selangor.

Alahai Xavier…korang ni tak paham-paham ke?

Peningkatan tetap peningkatan la…tak kira 10 sen ke, 100 sen ke, 1,000 sen ke….

Sebelum pilihanraya, bukan main lagi korang brainwash rakyat kan?

Kononya la, tol nak free, yang ni free, yang tu free…

Sekarang?

Yang ni nak naik, yang tu nak naik…ntah apa-apa lagi yang ada kat hang tu nak naik…

Apalah jadi dengan janji #manifestomato korang tu untuk “mengurangkan kos sara bidup rakyat?”

#Janjitinggalkanji ?

………………….

‘Tarif air Selangor dijangka naik – Xavier’

SHAH ALAM: Peningkatan tarif air di Selangor dijangka tidak dapat dielakkan selepas kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula pengurusan air pada bulan hadapan.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, langkah ini merupakah kaedah terbaik buat Syarikat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) membayar balik kepada Pengurusan Aset Air Berhad (Paab) bagi menyelesaikan proses pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

“Tarif yang ada sekarang sangat rendah. Ini adalah kadar seperti 20 tahun lalu.

“Namun, bercakap soal kenaikan itu, ia bukannya akan dinaikkan terus sehingga 100 peratus namun secara berperingkat semi mendapatkan bekalan air terawat yang lebih baik,” katanya seperti dipetik oleh Malay Mail.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan bahawa proses penstrukturan semula industri air di Selangor yang tertangguh sebelum ini akan dimuktamadkan pada awal atau pertengahan Ogos depan.

Xavier sebelum ini turut menafikan laporan berita antarabangsa yang mengatakan bahawa kerajaan akan membayar RM1.9 bilion kepada Splash bagi proses pengambilalihan tersebut.

Beliau berkata, rundingan mengenai perkara itu masih dijalankan antara kedua-dua pihak dan ia dijangka akan selesai pada 10 Ogos depan.

Dalam pada itu, Xavier juga turut enggan mendedahkan kadar kenaikan tersebut sebaliknya menjelaskan bahawa tindakan itu perlu diambil seiring dengan pemerolehan Splash.

Mengulas mengenai pemberian air percuma di negeri itu, Xavier menjelaskan bahawa Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula perkara tersebut bagi menyediakan bekalan air dalam tempoh jangka masa panjang.

“Walaupun skim ini menjadi antara fokus dalam sistem penstrukturan semula air, tetapi saya merasakan program air percuma ini hanya perlu disasarkan ke kawasan yang mempunyai penduduk berpendapatan rendah sahaja,”katanya.

Sebelum ini, proses penstrukturan semula air di Selangor tertangguh sejak sekian lama susulan kegagalan kerajaan negeri dan persekutuan semasa pentadbiran BN mencapai kata sepakat berkaitan nilai tawaran pengambilalihan Splash.

UTAMABERITAJanji Harapan tinggal kanji

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium