26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Janji Kajang Cabaran Sulung MCA #KajangMove #PRKKajang

Chew-Mei-Fun-Kajang-Animie

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Ahad ini, tidak akan mengubah stuktur kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat – PKR, DAP, PAS – tetapi keputusannya akan memberi signifikasi cukup besar kepada Barisan Nasional (BN), khususnya MCA dalam jangka masa panjang.

PRK DUN Kajang dilihat sebagai ujian sulung kepada MCA dalam mengukuhkan sokongan kepada parti di bawah teraju baharu pimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendapat mandat Disember lepas.

Berbaki 24 jam tempoh berkempen, sesetengah pihak berpandangan BN mampu memberi saingan kepada parti lawan yang meletakkan calon bidang terjun, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR untuk berdepan calon BN dari MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bagi menyakinkan pengundi Kajang, MCA menawarkan lima komitmen dikenali sebagai ‘Janji Mei Fun’ sebagai sandaran parti itu dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat kawasan itu.


Antaranya mempertingkat sistem pengangkutan awam dan lalu-lintas secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yang dirancang oleh kerajaan pusat, menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan itu selain memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yang konstruktif dalam DUN Selangor.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 43 kerusi, manakala BN 12 (kecuali kerusi DUN Kajang).

Janji Chew lagi, sebuah pusat khidmat wakil rakyat akan diwujudkan dengan beliau sendiri akan meluangkan masa mendengar permasalahan rakyat dan akan berada di pusat berkenaan dua hari seminggu.

“Ikrar ini saya tidak buat suka-suka tetapi ia dirumuskan hasil pemantauan dan perjumpaan bersama penduduk berdasarkan keperluan yang diingini mereka,” kata Chew.

Sokongan padu diberi Liow yang menegaskan akan memastikan setiap ikrar yang dibuat Chew ditunaikan sekiranya Naib Presiden MCA itu diberi mandat sebagai wakil rakyat di Kajang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menguatkan lagi iltizam BN untuk berkhidmat bagi rakyat Kajang apabila menegaskan akan menubuhkan badan khas bagi membantu rakyat di kawasan DUN berkenaan sekiranya Chew diangkat sebagai wakil rakyat mereka. Badan khas di bawah kerajaan Persekutuan itu akan berperanan mengkaji keperluan rakyat Kajang secara holistik.

Mengulas perkara itu, Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Kelantan Profesor Datuk Abdul Halim Sidek berkata rakyat Kajang perlu mengambil peluang atas tawaran BN itu kerana ia memberi faedah besar dalam jangka masa panjang kepada masyarakat secara keseluruhan.


“Berbeza daripada sebelum ini di mana BN banyak menabur janji dan gula-gula, sekarang BN menawarkan satu mekanisme yang akan diwujudkan bagi membantu menangani isu rakyat Kajang…bukan duit tetapi sesuatu untuk menjamin kebajikan dan keselesaan rakyat secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama.

Abdul Halim berkata pendekatan itu juga boleh menutup mulut pembangkang daripada menuduh BN menggunakan ‘politik wang’ untuk menarik undi pengundi Kajang.

“Kebarangkalian untuk (BN) menang, kalau di peringkat awal adalah 40-60, sekarang kita boleh katakan peluang BN pada tahap 55 peratus. Keyakinan itu (dilihat) berdasar kepada peralihan sokongan rakyat, khususnya pengundi Melayu yang rata-rata merasa tertipu dengan janji manis PR ketika pilihan raya umum ke-13, manakala pengundi India merasa kebajikan mereka diabaikan wakil rakyat sebelum ini,” katanya.

DUN Kajang mempunyai 39,278 pengundi terdiri daripada 8,923 (48.5 peratus) kaum Melayu, India 3,960 (10.2 peratus) , Cina 15,791 orang (40.5 peratus ) dan lain-lain 356 orang (0.9 peratus).

Sejak dua pilihan raya umum (PRU) lepas, DUN Kajang dikuasai PKR menerusi Lee Kim Sin mengalahkan penyandang kerusi itu Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA dengan majoriti 3,268 undi pada 2008.

Pada PRU-13, Mei tahun lepas, calon PKR Lee Chin Cheh mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru, sebelum meletak jawatan pada 27 Jan, yang dikatakan untuk memberi peluang kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang bertanding.


Abdul Halim berkata sokongan yang bertambah kepada BN mendorong pembangkang menggubah taktik dan mula bermain politik kotor dengan ‘pembunuhan’ karektor, untuk menjatuhkan imej calon dan BN sebagai parti.

“Berdasarkan itu kita lihat pihak lawan mula keluarkan isu-isu seperti sekolah Cina, menyebarkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya serta mengaitkan isu-isu luar yang jelas tidak ada kena mengena dalam pilihan raya kecil ini.

“Ini jelas menunjukkan betapa terdesaknya pembangkang. Malah semasa berkempen, bukannya hendak memperkenalkan calon dan kelebihannya, tetapi bercakap mengenai Anwar untuk menarik simpati rakyat,” katanya.

Hasrat Anwar bertanding PRK DUN tidak kesampaian selepas Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...