25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Janji lagi – Calon PH janji naik taraf klinik kesihatan yang memang dah baik – #PRK Rantau

Dr Streram Sinnasamy hari ini dilaporkan berjanji untuk menaiktaraf klinik kesihatan sedia ada di Rantau sekiranya beliau menang. Malah beliau juga mendakwa kerajaan negeri lama tidak melakukan penambahbaikan bagi menangani insiden-insiden kesihatan dahulu. Ya, seperti biasa beliau juga mengikut jejak langkah calon PH Semenyih untuk berjanji benda yang lebih kurang sama walaupun dah jadi kerajaan pusat dan negeri [1]

Cuma benarkah Rembau (daerah bagi DUN Rantau) ini tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang baik? Tak juga. Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan tahun 2015, Rembau mempunyai 4 Klinik Kesihatan, 12 Klinik Desa, 1 Klinik Pergigian Sekolah Rendah, 1 Klinik Pergigian Sekolah Menengah, 3 Klinik Pergigian, 1 Klinik Bergerak dan 1 Klinik 1Malaysia. [2]

Jadi walaupun PRK Rantau tidak pernah berlaku sebelum ini, kebajikan kesihatan rakyat tetap terjaga. Sebab semua orang berakal tahu itu adalah kuasa kerajaan dan bukannya ADUN. Malahan nisbah doktor di Negeri Sembilan juga meningkat mendadak selama pentadbiran DS Mohamad Hj Hasan. Contohnya pada 2014, Negeri Sembilan hanya mempunyai 1 orang doktor kerajaan bagi setiap 908 penduduk. Nisbah itu bertambah baik kepada 1 orang doktor bagi 522 orang penduduk pada tahun 2016. [3]


Begitu juga nisbah personal kesihatan lain berbanding penduduk sentiasa bertambah baik dalam pentadbiran beliau. Contohnya nisbah pegawai farmasi kepada penduduk meningkat daripada 1:2,569 pada 2014 kepada 1:2,440 pada 2015. Nisbah doktor gigi juga bertambah baik daripada 1:4,319 pada 2014 kepada 1:3,951 (2015).

Hasilnya jumlah kematian bayi pada 2015 bagi seluruh Negeri Sembilan hanyalah 48 kes berbanding 75 kematian pada 2014. Begitu juga kadar kematian ibu menurun sekali ganda daripada 12 orang pada 2014 kepada hanya 6 orang pada 2015.

Jadi ya, kalau nak ulang strategi sama yang terbukti gagal di Semenyih dan Cameron tu ikutlah. Seranglah PAS, seranglah Najib Razak, janjilah bulan bintang dan teruskan buat cerita mengarut.

Awak semua kan bodo dan malas belajar daripada kesilapan lama.


——-
Rujukan:

[1] http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-rantau-dr-streram-mahu-naik-taraf-klinik-kesihatan-jika-menang-202730

[2] Data Sosioekonomi Negeri Sembilan 2015, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

[3] Petunjuk Kesihatan 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia


Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Lagi berita Pilihanraya DUN Rantau
https://pakdin.my/tag/prk-rantau

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan