28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Janji PH: Penanguhan bayaran balik PTPTN ditunda, peminjam perlu bayar balik kata Menteri Pendidikan

Mengenai janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, Maszlee berkata pihak kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari jalan terbaik termasuk mekanisme pelaksanaan bagi menunaikan janji itu.

“Saya akan membuat pengumuman sewajarnya apabila tiba masanya nanti, sebelum berakhir tempoh 100 hari pertama (Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutuan),” katanya.
Maszlee berkata, kementerian telah menubuhkan sebuah kumpulan untuk mengkaji dengan teliti cara terbaik bagi melaksanakan janji tersebut dalam tempoh 100 hari dengan tidak menggadaikan kepentingan rakyat lain yang turut diberi keutamaan oleh kerajaan.

“Jadi kita harap peminjam PTPTN dapat terus membayar hutang mereka dan dapat bersabar. Berikan kami waktu untuk membuat kajian dan perincian,” katanya.

Ditanya mengenai status peminjam PTPTN yang tersenarai di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS), beliau berkata, nama peminjam akan masuk ke dalam senarai CCRIS secara automatik dalam tempoh 13 bulan selepas mereka tamat pengajian.

Bagaimanapun, Maszlee berkata kementerian akan mengkaji isu itu dan membuat penyelarasan dengan CCRIS.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff yang turut serta dalam sidang media itu berkata peminjam yang tersenarai di bawah CCRIS boleh hadir ke kaunter PTPTN untuk menyusun semula hutang mereka.

“Kalau tidak mampu bayar ansuran bulanan RM100, boleh bincang untuk bayar RM50,” katanya.

Mengenai diskaun bayaran balik PTPTN yang diumumkan dalam Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu, Wan Ahmad berkata ia masih dilaksanakan bagi mereka yang masih berhasrat untuk membayar pinjaman masing-masing.

Diskaun PTPTN ialah 20 peratus untuk bayaran penuh, 10 peratus untuk bayaran 50 peratus sekali bayaran dan 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus.

Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, kementerian telah menubuhkan sebuah jawatankuasa induk pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berkaitan dengan kementerian tersebut.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan semua anggota pengurusan tertinggi kementerian dengan bahagian dasar sektor pengajian asas dan pengajian tinggi akan bertindak sebagai urusetia.

https://pakdin.my/tag/manifesto

#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib #ManaDuitForex
#ManifestoBukanJanji
#JanjiDiCapati

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah laman sesawang yang melaporkan beliau antara 19 ahli Parlimen Barisan...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan