[Video] Jaringan tangan Shukor ‘gol legenda’

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Sukan : Malaysia atasi Thailand 1-0, nyalakan peluang ke Piala Asia 2023

Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia...

10 preman pemeras sopir truk pasar Tanah Abang diamankan

Modusnya mereka menghalangi truk barang yang mau keluar pasar Jakarta...

Moratorium Pukal Tanpa Faedah, Bank Juga Harus Berkorban

Total lockdown sudah sambung 2 minggu lagi. Namun Moratorium...

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh menganggap jaringan ‘tangan’ yang dilakukan Shukor Adan ketika berdepan UiTM, kelmarin bakal menjadi ‘gol legenda’ yang akan diingati selama-lamanya.

Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby mengambil contoh jaringan ‘Tangan Tuhan’ yang dihasilkan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona pada aksi suku akhir Piala Dunia 1986 menentang England.

Beliau bagaimanapun bersimpati dengan nasib yang menimpa UiTM, apatah lagi jaringan pemain veteran pada masa kecederaan itu meranapkan impian mereka meraih kemenangan pertama musim ini.

“Mungkin jaringan itu gol yang legenda. Bukan orang yang jaringkan gol itu legenda, tapi gol itu jadi legenda. Ambil contoh Piala Dunia 1986, hingga ke hari ini jaringan Maradona diingati dan dipertikaikan.

“Tapi apa boleh buat pengadil hanya dapat satu peluang sahaja untuk lihat benda itu. Kita kena faham pengadil hanya ada sekali pandangan sahaja berbanding penonton di rumah yang boleh lihat video berulang kali.

“Kalau tidak UiTM dapat kemenangan pertama dalam musim ini. Kita akan sebut gol ini sampai bila-bila dan UiTM ini terasa macam kena rompak.

“Namun, inilah bola sepak, saya tak boleh komen lebih sebab benda ini pernah berlaku dalam bola sepak dan terus akan berlaku,” katanya semalam.

Jaringan penyamaan kontroversi yang dilakukan Shukor itu mendapat perhatian daripada peminat bola sepak tanah air dan ada yang menggelarnya di media sosial sebagai ‘Maradona Malaysia’.

Sementara itu, pemerhati bola sepak tempatan yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa menjelaskan Shukor tetap dianggap hero buat KL City walaupun dia melanggar peraturan semasa meledak gol.

“Dia melaksanakan tugas sebagai pekerja. Peluang itu dia gunakan untuk menyelamatkan majikan dia, walaupun melanggar peraturan tapi tidak dapat dikesan oleh pengadil. Jadi itu nasib yang paling bertuah buatnya.

“Kita tak boleh salahkan sepenuhnya kepada pengadil, ini Liga Super sedangkan di Piala Dunia pun berlaku benda ini. Tapi kalau ada VAR (video bantuan pengadil), kita boleh buat semakan,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply