26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Jasad bayi masih sempurna setelah puluhan tahun disemadikan

SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.
SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.

Jasad bayi terapung bukan rekaan

ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.

Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

“Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.


“Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

“Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa,” katanya.

___________________________

Alor Gajah: Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin.

Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.

Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.

“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...