Jatuhkan Najib: Saya Akan Ubah Nasib Sebuah Negara- Clare Brown - pakdin.my

sarawak-report-jatuh-najib

“I will drink some champagne when Najib is done” antara kata-kata Clare yang bakal mencetuskan amarah rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown didakwa mempunyai hubungan rapat dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berdasarkan perbualan WhatsApp mereka.

Memetik laporan akhbar New Straits Times, Rewcastle-Brown juga didakwa memberitahu bekas pekerja PetroSaudi Xavier Andre Justo bahawa beliau mahu menukar nasib satu negara “changing the destiny of Malaysia” dan beliau juga akan menyambut kemenangan tersebut dengan “segelas champagne” apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya ditumbangkan (I will drink some champagne when Najib is done).

Justo, seorang warganegara Switzerland, kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana memeras ugut bekas majikannya.

Menurut NST, Rewcastle-Brown yang berpangkalan di England mempunyai beberapa transaksi WhatsApp dengan Ho Kay Tat dari The Edge Media Group, di mana Clare didakwa menulis dengan cara yang menunjukkan beliau mempunyai niat menggulingkan Perdana Menteri dan kumpulan media the Edge telah dituduh bekerjasama dengan beliau untuk tujuan yang sama.

Rewcastle-Brown didakwa membalas dengan menjawab: “I have done this story, not you…Fulfill your commitment and I will walk away and I tell nobody.”

NST turut melaporkan , Clare telah menulis: “We are setting up for one last crack before the state election…I will drink some when Naib is done…I have picked up the story through Anwar’s people…I have used Dr Mahathir to get other sources of information”. Rewcastle-Brown didakwa merujuk kepada pilihan raya negeri Sarawak”.

Selain daripada itu NST juga melaporkan bahawa berdasarkan sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, perbualan WhatsApp menunjukkan Rewcastle-Brown menjelaskan bagaimana beliau akan membantu Justo mendapatkan dan kemudian “membersihkan” wang USD 2 juta tersebut.

Percubaan pertama beliau dengan melalui SJS Limited di Singapura dengan menyalurkan dana tersebut dengan bantuan abangnya, iaitu Patrick Rewcastle. Pada 19 Mac pula, NST melaporkan, Clare telah “mengesahkan pemindahan komisen haram tersebut”.

Menurut NST lagi, mereka telah berulang kali cuba untuk menghubungi Rewcastle-Brown, Ho dan Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong bagi mendapatkan pengesahan namun sehingga kini tiada jawapan.

UTAMAEDITORIAL1MDBJatuhkan Najib: Saya Akan Ubah Nasib Sebuah Negara- Clare Brown

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium