26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Jatuhkan PM: BERSIH, pembangkang terdesak guna maklumat palsu

pilihanraya-umum-malaysia

Setelah gagal menjatuhkan Perdana Menteri dengan pelbagai isu, pembangkang melalui Kumpulan Pembaharuan Pilihan Raya (BERSIH) menggunakan taktik ‘kotor’  untuk meneruskan niat mereka melalui usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

suratpalsubersih
Nama dan nombor kad pengenalan tidak wujud dalam senarai semak daftar pemilih SPR

Kali ini, mereka mengedarkan sampul yang mengandungi surat atas talian kononnya daripada pengundi setiap kawasan Parlimen terutama yang diwakili Barisan Nasional (BN)  berhubung usul tidak percaya itu.

Surat tersebut  dibawa ke Parlimen oleh Presiden BERSIH, Maria Chin Abdullah dan dengan bantuan ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua, mereka menyerahkan sampul surat tersebut kepada ahli parlimen BN.

Antara ahli parlimen BN yang ditujukan surat itu ialah Pengerusi Majlis-Majlis Ahli Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap.

Kononnya untuk bersikap adil, BERSIH turut mengedarkan surat sama kepada ahli parlimen pembangkang.

Setakat ini, BERSIH telah mengumpulkan 31,000 poskad dan surat atas talian daripada 211 kawasan Parlimen dan sebahagiannya sudah diserah kepada ahli Parlimen hari ini.

suratpalsu
Nama dan nombor kad pengenalan tidak wujud dalam senarai semak daftar pemilih SPR

Bagaimanapun, tembelang BERSIH dan pembangkang pecah kerana semakan berdasarkan nama dan nombor kad pengenalan yang kononnya menyokong usul itu dipercayai palsu dan tidak tepat selain tidak ditandatangani

BERSIH menggambarkan individu yang menyokong usul tidak percaya terhadap Najib adalah pengundi-pengundi di kawasan yang diwakili setiap ahli parlimen.

Namun hasil kaji selidik yang sempat dibuat Pegawai Khas ahli parlimen Kota Tinggi, Nizam Rashid, BERSIH telah membuat pembohongan apabila terdapat dua orang pengundi palsu daripada 12 surat atas talian yang diterima Noor Ehsanuddin.

Dua pengundi tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana nama dan nombor kad pengenalan yang tercatat di surat itu tiada di laman web daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beberapa ahli parlimen lain mendakwa semakan mereka mendapati ada nama yang tertera di surat itu sudah meninggal dunia selain ada antaranya adalah  pengundi di luar negara.

Berdasarkan modus operandi pihak terbabit menyerahkan surat atas talian, dipercayai ada nama  yang kononnya menyokong usul itu tidak tahu nama dan nombor kad pengenalan mereka digunakan bagi tujuan tidak baik itu.

Ini menggambarkan pembangkang dan pihak lain yang ingin menjatuhkan Najib semakin terdesak sehingga sanggup menipu bagi menjayakan agenda mereka.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan