Jawatankuasa Disiplin, Langkah Terbaik Mengekang Sabotaj Dalam Parti - pakdin.my

PRU 13KUALA SELANGOR  — Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Sabtu menyambut baik langkah menempatkan wakil Jawatankuasa Dispilin di bahagian-bahagian Umno bagi mengekang perbuatan khianat dan sabotaj dalam parti.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa khas itu menunjukkan keseriusan Umno untuk mengatasi masalah tersebut ke peringkat akar umbi sebelum menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Tidak semua tempat (bahagian) berlaku perkara ini, hanya ada segelintir anggota (Umno) yang sanggup melakukannya…tindakan menempatkan wakil jawatankuasa itu merupakan langkah terbaik bagi mengelak parti disabotaj.

“Pelaksanaan itu diambil berdasarkan pengalaman terdahulu yang mana ada anggota yang tidak dipilih sebagai calon merasa kecewa dan tidak memangkah parti sehingga menyebabkan kekalahan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program mesra rakyat di sekitar Parlimen Kuala Selangor di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju untuk melantik seorang wakil Jawatankuasa Dispilin di bahagian-bahagian Umno.

Najib membuat kenyataan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata anggota Umno tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan jawatankuasa itu kerana ia bertujuan menjaga kebajikan parti.

UTAMAPILIHAN RAYAJawatankuasa Disiplin, Langkah Terbaik Mengekang Sabotaj Dalam Parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium