27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

Jelajah Selawat Perdana Kuala Kubu Bharu Dapat Sambutan Menggalakkan (video)

wpid-selawat-perdana-kuala-kubu-bharu.jpg

Yayasan Perdana Ummah merancang untuk memperluaskan program jelajah selawat perdana ke luar negara.

Namun fokus kini tertumpu kepada jelajah ke enam lokasi tumpuan di seluruh negara.

Program selawat perdana Anjuran Yayasan Perdana Ummah berlangsung di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, Selangor malam tadi.

Program yang bermula kira-kira jam 9 malam ini nyata mendapat sambutan apabila lebih8000  orang tidak berganjak walaupun hujan sejak jam lapan malam.

Program dimulakan dengan bacaan Mawlid Dhiya Ul-Lamik kitab karangan Al-Habib Umar Hafiz Salim diselang-selikan dengan Qasidah Dan Hadrah selain doa untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat berbilang kaum.

Program dipimpin oleh Ustaz Habib Mahdi Abu Bakar Al Hamid Dari Yaman dan disertai lebih 20 ustaz, ikon agama dan pendakwah terkenal dari seluruh negara.

Yayasan perdana ummah akan menganjurkan jelajah sama, di Universiti Malaysia Sarawak, Unimas malam ini dan pada 27 September Di Temerloh, Pahang.

Manakala pada 25 oktober, akan diadakan di Langkawi pula.

 

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.