Jemaah Haji, Penerima BR1M Tunggu Masa Hukum #hamPAS - pakdin.my

..

Pertengahan tahun ini kita pernah dikejutkan dengan satu kenyataan melampau dan biadap dari Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengeluarkan arahan meminta ahli PAS menangguhkan ibadah haji sebagai persiapan menghadapi PRU 13.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu bertarikh 5 Jun 2012 dan turut boleh dibaca dalam akhbar SelangorKini milik kerajaan PKR Selangor terbitan 8 – 15 Jun 2012 yang disebarkan di merata masjid dan surau di seluruh negeri.

Menurut Tuan Ibrahim, penangguhan ibadah haji itu dianggapnya sebagai wajar kerana PAS memerlukan jentera parti yang kuat dan utuh bagi melicinkan gerak kerja pilihan raya nanti yang diramalkan akan sengaja dilangsungkan semasa musim haji.

Berikutan itu, berbakul-bakullah maki hamun dan kejian dilemparkan terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh penyokong PAS termasuklah dari segelintir bakal jemaah haji pro PAS.

Mereka berandaian kenyataan pemimpin PAS itu benar dan ramalannya sahih melangkau masa depan walau hakikatnya ia cuma bersifat propaganda murahan untuk menyemai kebencian umum terhadap pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah.

Kini, empat bulan sudah berlalu. Polemik pilihanraya di musim haji sudah tidak kedengaran. Tuan Ibrahim pun sudah semacam kura-kura di tepian parit menyorok muka bersembunyi dari sindiran rakyat.

Tika ini sebahagian besar jemaah haji sudahpun berada di Kota Suci Mekah tekun menjalankan ibadah sementara menanti tibanya lambaian haji yang selama ini dinanti-nantikan.

Lebihkurang 28,000 orang jemaah haji Malaysia dijangkakan pulang ke tanah air bermula 31 Oktober 2012 nanti, ini bermakna sekalipun jika parlimen dibubarkan dalam mana-mana tarikh dalam bulan Oktober, mereka tetap berpeluang untuk terlibat dalam proses pengundian.

Jelas sekali propaganda PAS kononnya jemaah haji akan dinafikan hak mengundi dalam PRU 13 tidak menjadi kenyataan.

Walaupun demikian, apakah mungkin para jemaah haji hanya sekadar melupakan saja polemik dan kontroversi yang sengaja dicetuskan oleh pemimpin PAS?

Tentu sekali tidak kerana diawal polemik pilihanraya musim haji ditimbulkan oleh PAS, tidak sedikit jemaah haji dari kalngan ahli dan penyokong PAS terpana sendirian, was-was dan keliru apabila terpaksa memilih antara dua tuntutan – satu tuntutan agama yang termaktub dalam Rukun Islam dan satu lagu tuntutan keduniaan demi kepentingan politik kepartian.

Mereka keliru kerana dipaksa mendahulukan hal ehwal duniawi sedangkan peluang menunaikan ibadah haji dan menjadi tetamu Allah s.w.t tatkala sudah cukup syarat kemampuannya jauh lebih penting berbanding soal kepartian PAS.

Bagi segelintir yang tergolong dalam kategori totok dan balaci karat hijau tentu sahaja mereka tidak kisah mengabaikan ibadah haji demi parti, namun mujurlah sebahagian besar jemaah haji berjaya melepaskan diri dari hasutan duniawi dan terus tekad hatinya mendahulukan seruan Illahi.

Sekarang Allah s.w.t telah menetapkan takdir dengan membuka hijab pembohongan propaganda PAS untuk ditatapi dan diadili oleh umat Islam negara ini.

Pastinya kepulangan para jemaah haji kelak akan mengimbau kembali ingatan mereka dengan kejahatan propaganda PAS itu apatah lagi bila masing-masing mendapat tahu pemimpin PAS yang sama itu juga baru sahaja menghina bakal penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disama tarafkan dengan penagih candu dan anak ayam yang kebuluran.

Tuan Ibrahim dan lain-lain pemimpin PAS mungkin boleh berdolak dalik dengan seribu satu alasan dan takwilan, namun hakikatnya baik para jemaah haji mahupun para penerima BR1M serta sebahagian rakyat Malaysia beragama Islam yang lain sudah tidak sabar menunggu masa untuk menghukum PAS dalam PRU 13 nanti.

Dek bahana terlanjur kata terlebih propaganda, kelak badan yang binasa. Dek kerana huduh tutur kata serta buruk pembawaan sikap akibatnya PAS perlu menerima kesan pembalasan hukuman yang setara.

#hamPAS : PAS Tetap Utamakan Politik Berbanding Ibadah Haji – @nikabdulaziz

..

Dalam perkembangan terbaru untuk menjustifikasikan bahawa soal pilihanraya jauh lebih utama berbanding ibadah haji di Mekah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah ‘memfatwakan’ bahawa “menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana menunaikan amanah besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana dipaksa”. Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata […]

Tangguh Haji: Mantan Sheikh Al-Azhar Sindir Nik Aziz Sesat?

..

RAKAN penulis yang hadir mengikuti Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memaklumkan kepada penulis berita yang agak mengejutkan – Mantan Sheikh Al Azhar menyifatkan mereka yang berpendirian bahawa haji boleh ditangguhkan untuk tujuan berkaitan dengan pilihanraya adalah sesat. Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, selaku pembentang kertas kerja pertama membuat dakwaan […]

Nik Aziz setuju penyokong Pas tangguh haji

Nik Aziz Tido

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti. Dipetik Bernama, Nik Aziz […]

Tangguh Haji: Kalau Ketua Penerangan Cakap Pun Pandangan Peribadi, Apa Yang Rasmi?

Pengesahan kenyataan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man oleh Mat Sabu di media rasmi PAS

TUAN Ibrahim Tuan Man bukan calang-calang orang. Dia adalah Ketua Penerangan PAS, pendek kata kalau PAS itu manusia, Tuan Ibrahim adalah lidahnya. Sudah tentu jawatan Ketua Penerangan ini bukan jenis yang punch masuk pukul 8.00 pagi, punch keluar pukul 5.00 petang. Ketua Penerangan kerjanya ialah bercakap bagi pihak parti, berkenaan hal parti juga, dimana dan […]

UTAMAPOLITIKJemaah Haji, Penerima BR1M Tunggu Masa Hukum #hamPAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium