Jemaah haji tidak perlu bimbang untuk berwukuf di Arafah Isnin ini

wukufarafah

- Advertisement -

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi menerusi pengurusan muassasah memberi jaminan kepada Tabung Haji (TH) untuk menyiapkan semua kerja pemasangan khemah di Arafah sebelum ketibaan jemaah haji pada Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sehubungan itu jemaah haji Malaysia tidak perlu bimbang mengenai persiapan logistik di Arafah ekoran berlaku hujan ribut dua hari lepas.

“Jemaah haji dan semua kaum keluarga mereka di Malaysia tidak perlu bimbang kerana semua khemah sedang dipasang dan kerajaan Arab Saudi menerusi pengurusan muassasah memberi jaminan kerja pemasangan itu akan siap sebelum ketibaan jemaah,” katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan logistik di padang Arafah dekat sini hari ini.

Beliau berkata hujan ribut di Arafah dua hari lepas sebenarnya perkara biasa menjelang hari wukuf malah dua buah masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi menganjurkan solat hajat dan berdoa agar diturunkan hujan bagi membasahi tanah Arafah.

“Cuba kita bayangkan jika tanah di Arafah yang kering dan berdebu dipenuhi oleh berjuta-juta orang… disebabkan itu kita berdoa agar diturunkan hujan,” kata beliau.

Jamil Khir juga kesal dengan khabar angin yang tersebar di tanah air kononnya kerajaan Arab Saudi telah menghalang jemaah haji memasuki tanah suci ekoran cuaca buruk dan banjir di Arafah.

“Alhamdulillah… kita ada dua hari lagi dan Insya-Allah persiapan berwukuf akan selesai. Kepada keluarga di Malaysia jangan risau, jangan dengar mana-mana khabar angin, mendengar laporan yang tidak munasabah kononnya banjir di Arafah,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Arafah kembali normal malah khemah untuk jemaah haji Malaysia telah lengkap dipasang dengan permaidani sebagai pelapik lantai dan kawasan sekeliling khemah dihijaukan dengan rumput.

Yang turut hadir melawat persiapan akhir kerja pemasangan khemah dan kemudahan infrastruktur di Arafah itu ialah rombongan pengurusan TH yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Paduka Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Rombongan itu kemudiannya diberi taklimat mengenai persiapan pemasangan logistik di Arafah oleh wakil pengurusan muassasah Arab Saudi Sheikh Tariq Shabana.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu...

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN)...

250 ahli PKR Ampang keluar parti, cabang bubar serta-merta

Seramai 250 orang ahli PKR Cabang Ampang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu. Naib Ketua Cabang PKR...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?