Jemaah Malaysia hilang ketika umrah - pakdin.my

hilang di madinah ketika umrah

Seorang jemaah Malaysia, Nor Azimah Ibrahim hilang ketika mengerjakan umrah di Madinah, dua minggu lalu.

Nor Azimah, 30-an yang juga seorang ibu tunggal dikatakan hilang selepas gagal dikesan ahli keluarganya dan kali terakhir dilihat berada di Masjid Nabawi pada 19 Disember.

Jiran keluarga mangsa yang dikenali sebagai Nasarudin Abd Manaf, ketika dihubungi berkata dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga mangsa yang hingga kini masih berada di Makkah.

“Mangsa berangkat bersama ibu bapanya ke Makkah untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lalu menggunakan khidmat agensi swasta.

“Saya difahamkan, pada pagi kejadian dia (Nor Azimah) berada di Masjid Nabawi dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah kerana tidak sihat.

Ibu bapanya yang pulang ziarah sekitar tengah hari kemudian gagal mengesan mangsa di masjid berkenaan,” katanya.

Nasarudin berkata, hingga kini tiada berita mengenai kehilangan Nor Azimah yang sepatutnya pulang pada 22 Disember lalu.

Katanya, usaha sedang dilakukan bagi mengesan mangsa dan berharap wanita itu dapat ditemui segera.

UTAMAJemaah Malaysia hilang ketika umrah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium