Jenaka 'Etong' sudah tiada – Innalillahi wainnalillahi rojiun - pakdin.my

Innalillahi wainnalillahi rojiun.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham yang aku kenal secara peribadi di temoatkan di jannah.

etong tok dalang wayang kulit

ALOR SETAR – Dalang kumpulan wayang kulit terkenal, Seri Asun, Abdul Majid Mohd. Noh , 67, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan watak Etong dalam persembahan wayang kulit itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Menurut anaknya, Mohd. Farhan, 21, arwah bapanya itu menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan anggota keluarga di hospital berkenaan.

“Arwah memang mempunyai masalah jantung dan menjalani rawatan di hospital tetapi pagi tadi dia ceria sahaja, malah sudah dibenarkan keluar hospital sebelum jatuh sakit petang tadi dan menghembuskan nafasnya di sisi kami sekeluarga,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kehilangan Allahyarham pasti dirasai oleh penggemar wayang kulit.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di perkuburan Islam di Kampung Kunluang Binjal Asun Kubang Pasu pada pukul 9 pagi esok.

Allahyarham yang dilahirkan pada 24 Januari 1949 adalah anak kedua kepada Mohd. Noh Mahmud iaitu pengasas Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun.

Allahyarham mula menceburkan diri dalam wayang kulit sejak berumur 16 tahun sebelum mewarisi kumpulan itu daripada bapanya.

UTAMAJenaka 'Etong' sudah tiada - Innalillahi wainnalillahi rojiun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium