26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

JENAYAH OSA RAFIZI: FAKTA KEZALIMAN

Rafizi menzalimi diri sendiri dengan membuat tuduhan palsu terhadap LTAT kemudiannya LTAT meminta beliau mengemukakan bukti. Rafizi telah menggunakan dokumen OSA untuk mempertahan fitnah yang telah dibuat walaupun sebenarnya tidak perlu.


“Malaysia penjarakan ketua pembangkang kerana membocorkan butiran Laporan Audit berkaitan dengan 1MDB”.

Itulah yang akan menjadi tajuk utama di seluruh dunia mengenai hukuman Rafizi semalam. Dan ia secara faktanya adalah betul.

Tetapi hakikatnya adalah bahawa beliau dijatuhi hukuman kerana “membocorkan” maklumat yang sudah diketahui umum (bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan LTAT) untuk membuat tuduhan yang tidak benar (bahawa kerana hubungan ini, LTAT tidak boleh membayar pampasan kepada 110 veteran angkatan tentera).

Selepas Rafizi membocorkan maklumat itu, LTAT meminta beliau untuk mengemukakan bukti.

Jadi, Rafizi mengemukakan nama 110 orang itu.

LTAT kemudian telah memeriksa nama-nama ini dan mendapati bahawa daripada 110 nama dalam senarai itu, 70 telah menerima bayaran mereka.

Salah seorang daripada mereka sebenarnya telah menerima bayaran beliau sembilan tahun yang lalu!

“Baki 69 orang itu telah dibayar di antara 16 Mac 2016 dan 4 April 2016 dalam tempoh 24 jam LTAT menerima dokumen yang lengkap daripada Jabatan Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT).”

Rafizi telah mengemukakan senarai itu pada 31 Mac untuk menyokong dakwaannya bahawa LTAT telah menghadapi masalah kewangan dalam membayar pampasan kepada veteran tentera yang telah bersara.

Beliau mendakwa masalah kewangan LTAT adalah disebabkan oleh kegagalan 1MDB untuk membayar anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Harta Malaysia RM396.41 juta kerana ia bertindak sebagai kontraktor turnkey untuk dana negeri ini.

Kedua-dua 1MDB dan LTAT telah menegaskan bahawa tidak ada bayaran tertunggak antara kedua-dua entiti tersebut.

Bagi 40 yang selebihnya, LTAT berkata mereka baru sahaja menerima dokumentasi dari UGAT untuk 23 lagi veteran tentera yang telah bersara dalam senarai itu untuk pemprosesan dan ia masih menunggu dokumentasi untuk 16 orang lagi.

Satu lagi permohonan telah tergantung kerana isu-isu pengesahan cap jari, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 110.

LTAT berkata dakwaan Rafizi adalah tidak benar dan LTAT telah memulakan tindakan undang-undang terhadapnya.

Oleh itu, Rafizi layak untuk dipenjarakan kerana bertindak bodoh. Beliau boleh sahaja berkata LTAT telah tidak membayar 110 orang dan meminta LTAT untuk memeriksanya.

Tetapi beliau membuat tuduhan yang tidak berasas dan telah menggunakan dokumen OSA yang sebenarnya tidak diperlukan untuk menyokong dakwaannya bahawa terdapat hubungan perniagaan.

Walau bagaimanapun, Rafizi ‘menang’  apabila ia berkenaan dengan tajuk utama kerana majoriti orang ramai tidak mahu tahu butiran tetapi hanya membaca tajuk-tajuk utama.

Sama seperti tajuk “caj hospital akan meningkat 50%” apabila yang sebenarnya adalah bahawa perkara ini hanya dikenakan ke atas wad Kelas 1 dan Kelas 2 yang mana pesakit perlu memohon untuknya, bahawa ia adalah kenaikan buat kali pertama dalam 30 tahun dan bahawa ia hanya melibatkan 1.6% pesakit atau 32,000 orang daripada 2 juta orang – kebanyakkannya adalah staf Kerajaan yang boleh membuat tuntutan ‘claim’.

Atau hakikat bahawa majoriti di media sosial yang mengadu sebenarnya tidak akan pergi ke hospital Kerajaan pun kerana mereka mengatakan hospital kerajaan sangat perlahan, tidak mempunyai kelas dan oleh kerana insurans mereka membayar untuknya, mereka akan pergi ke hospital swasta.

20161116-rafizi-ltat-osa


https://www.malaysiakini.com/news/336494

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan