Jenayah Rasuah LGE: Penghinaan Tommy Thomas terhadap Jabatan Peguam Negara dan SPRM

1. Tindakan Peguam Negara memohon menarik balik kes Lim Guan Eng di mahkamah merupakan penghinaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara yang merupakan badan yang dihormati selama ini.

2. Tindakan ini merupakan titik hitam kepada sistem perundangan di Malaysia. Walaupun berdasarkan perlembagaan, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk meneruskan atau menarik balik kes tetapi ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah.

3. Peguam Negara perlu menjelaskan kapada rakyat sebab-sebab kenapa permohonan menarik balik kes. Dari segi peraturan, sebelum kes diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, aduan perlu disiasat oleh SPRM.

4. Saya penuh yakin sebagai badan bebas yang mempunyai integriti yang tinggi, SPRM telah menjalankan siasatan dengan telus dan profesional. Selepas siasatan selesai, barulah SPRM menyerahkan kertas siasat serta cadangan kepada pihak Jabatan Peguam Negara.

5. Peguam Negara pula akan meneliti dan mengkaji kertas siasatan. Jika didapati ada prima facie kes maka barulah Peguam Negara menyediakan kertas pertuduhan dan seterusnya membuat pertuduhan di mahkamah.

6. Ini bermakna sebelum Guan Eng dihadapkan ke mahkamah, ia melalui prosedur yang sangat ketat dan lengkap. Lebih-lebih lagi kes ini telah pun bermula dan sedang berjalan.

7. Maka adalah terlalu menghairankan mengapa Peguam Negara memohon kepada mahkamah untuk menarik balik kes ini, lebih-lebih lagi kes yang sudahpun berjalan dengan 25 saksi telah pun dipanggil.

8. Penarikan balik kes ini memberi implikasi yang besar kepada SPRM yang seolah-olah Peguam Negara tidak mempercayai siasatan SPRM sedangkan SPRM lah yang paling mengetahui secara terperinci kes ini.

9. Tidak hairanlah kenapa pihak SPRM membuat kenyataan terkejut dengan tindakan Peguam Negara ini.
Rakyat lebih terkejut kerana sebelum ini Tommy Thomas adalah peguam di dalam kes Guan Eng ini. Maka wujud conflict of interest dalam kes ini.

10. Tindakan Peguam Negara amat membimbangkan kerana beberapa kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan juga digugurkan sebelum ini.

11. Maka Peguam Negara mesti memberi penjelasan kepada persoalan daripada rakyat ini.
Peguam Negara tidak wajar menyalahgunakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan bagi kepentingan politik individu.

12. Kuasa yang diberi hanya boleh digunakan untuk sebab-sebab yang munasabah dan berdasarkan perundangan. Jadi, Peguam Negara mesti berikan penjelasan. Jika tidak pihak kerajaan mesti mengambil tindakan terhadap beliau termasuk memecat Peguam Negara.

Sekian.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
Naib Presiden UMNO/Ahli Parlimen Bera
4 SEPTEMBER 2018

………
Rujukan:
https://pakdin.my/peguam-negara-tidak-campurtangan-kes-rasuah-lim-guan-eng-bullshit/

https://pakdin.my/tag/tommy-thomas

11 KOMEN

  1. Selain isu LGE dibebaskan dari pendakwaan, ropanya ada senarai panjang yg buat rakyat Malaysis TERKEJUT…..

    Antaranya…

    AG Apandi Ali drop kes rm 250 juta NFC – TERKEJUT

    Bijan merompak wang rakyat 2.6b
    Tapi dikatakan derma.. TERKEJUT..

    Ada Fail Merah.. TERKEJUT..

    Kjaan BN kata tiada apa2 seleweng dlm kes 1MDB tapi tak bagi rakyat tengok laporan audit – TERKEJUT

    AG Apandi Ali declare tiada kes 1MDB dan drop kes, tak dibawa ke mahkamah – TERKEJUT.

    PRU 14 PH menang besaq dan amek alih Makaysia – TERKEJUT

    Tun M jadi PM dalam usia 93 tahun – TERKEJUT

    Ropanya kjaan lama dah tolong bayaq hutang 1MDB rm 7 bilion – TERKEJUT.

    Ropanya lagi rm 30 bilion lebih kjaan kena tulung bayaq hutang 1MDB – TERKEJUT.

    Duit dan barangan bernilai lebih rm 1bilion disita dari kediaman mantan PM – TERKEJUT.

    Kjaan lancar Tabung Harapan, DYMM YDP Agong turut memberi sumbangan, Pemuda UMNO pulak sindir dan mintak tukar kpd Tabung Piala Dunia. – TERKEJUT

    7 kes brkaitan penyelewengan/pengubahan wang dikenakan kpd DS Nsjib dan akan dibicara awai tahun depan – TERKEJUT.

    Mewahnya kapai Jho Low bernilai rm 1 bilion – TERKEJUT.

    Indonesia cekup kapai Jho Low – TERKEJUT.

    Malaysia bok balik kapai Jho Low – TERKEJUT

    Dah lebih 3 bulan PH mmrintah, Islam sbg agama rasmi, kedudukan raja raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan tidak diusik – TERKEJUT.

    Pi Pulau Pinang, ropanya azan masih bokeh dikumandangkan – TERKEJUT.

    Melayu masih bermaruah dan tak bangsat walau UMNO/BN tak menerintah – TERKEJUT.

    Menteri PH minta jangan pertikaikan hukuman rotan dlm kes lesbian di T’ganu, DAP tak komem apa2, tapi ada ahli parlimen UMNO kata tak wajar – TERKEJUT.

    Haaaa…. terkejut. terkejut…terkejut…?