25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

Jenazah Allahyarham Faizul Tiba Di Pangkalan Udara TUDM (update)

Balu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar bersama dua anaknya, Mohd Naufal, 3, dan Mohd Irfan, 8 sedang menanti ketibaan jenazah di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Ahad. - Foto MSTAR

SUBANG: Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pukul 10.05 pagi Ahad.

Keranda yang membawa jenazah Allahyarham yang terkorban selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi bantuan kemanusiaan tiba dengan pesawat TUDM C-130 dari Mogadishu, Somalia.

Turut sama ialah rombongan media yang turut membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia.

Keranda yang membawa jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pukul 10.05 pagi Ahad diusung sebelum dibawa ke Masjid TUDM untuk disembahyangkan di Subang, Ahad.

 Suasana pilu menyelubungi pangkalan udara sejurus keranda jenazah dibawa turun dari pesawat.

Menyambut ketibaan rombongan berkenaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Noramfaizul, 39, telah berkhidmat di BernamaTV sembilan tahun lalu merupakan kakitangan yang kerap membuat liputan misi kemanusiaan di beberapa buah negara.

Turut cedera dalam insiden berkenaan ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.

Jenazah akan dibawa dan disembahyangkan di Masjid TUDM sebelum ke Masjid Al-Islah dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sebelum Zohor.

***********************

Jenazah Allahyarham Noramfaizul Selamat Tiba
Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang disifatkan Perdana Menteri sebagai wira sebenar, akan dikebumikan dengan penuh penghormatan di Tanah Perkuburan Islam UPM, Serdang, sebentar lagi.

Jenazah Noramfaizul sebelum itu tiba di tanahair jam 10 pagi dengan kerandanya dibalut dengan Jalur Gemilang.

Bersamanya dalam pesawat C130, 53 anggota sukarelawan Misi Kemanusiaan Kelab Putera Satu Malaysia Dan Bakti, bagi membantu mangsa kemarau dan kebuluran di Somalia.

Suasana hiba menyelubungi perkarangan Pangkalan Udara TUDM, Subang, sebaik jenazah Allahyarham dibawa keluar daripada pesawat.

Jenazah disambut anggota keluarga termasuk ayah Allahyarham, Mohd Nor Mat Yassin, dan ibu, Naemah Abd Majid.

Turut menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul bersama sukarelawan yang lain, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri.

Turut serta dalam rombongan sukarelawan ini jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, yang cedera di lengan juga terkena tembakan.

Dalam kejadian 2 September lalu, kenderaan pacuan 4 roda yang dinaiki Allahyarham Noramfaizul dan petugas media lain, ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Noramfaizul terbunuh apabila tembakan curi penyerang tidak dikenali mengenai bahu dan menembusi paru-parunya.

Jenazah Noramfaizul kemudiannya dibawa ke Masjid TUDM Subang untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Solat jenazah diimamkan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Mustaffa Abdul Manap kira-kira jam 11.10 pagi.

Turut serta, Perdana Menteri dan timbalannya selain keluarga dan rakan.

Selesai solat jenazah, penghormatan terakhir diberikan oleh ahli keluarga dan juga Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sebelum jenazah di bawa pulang ke rumah di Taman Serdang Jaya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...