#CerobohSabah: Jenazah Dua Komando Selamat Tiba Di Subang - pakdin.my

 lahaddatu-ketibaanjenazahsubang

SUBANG JAYA: Jenazah anggota polis komando Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu.

Jenazah kedua-dua Allahyarham diberi penghormatan terakhir semasa ketibaan.

..

Waris bersama Permaisuri Agong ...suasana sebak dan pilu
Waris bersama Permaisuri Agong …suasana sebak dan pilu

Suasana Pilu Selubungi Pangkalan TUDM Subang

SUBANG JAYA: Isteri dan ahli keluarga anggota polis komando yang terkorban sedang menunggu ketibaan jenazah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini.

Isteri Inspektor Zulkifli Mamat, Noraziah Noor yang dibawa menggunakan kerusi roda kelihatan sayu dikelilingi oleh ahli keluarga manakala isteri Koperal Sabaruddin Daud, Noranisa Abu Bakar terdiam sebaik saja polis dan media mula berkumpul di Pangkalan TUDM di sini.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM ketika orang ramai menunggu ketibaan jenazah dua anggota polis Komando itu dari Tawau.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jenazah dijangka tiba di pangkalan udara itu pada pukul 12.30 tengah hari.

lahaddatu-ketibaanjenazah2

lahaddatu-ketibaanjenazah1

UTAMABERITASABAH#CerobohSabah: Jenazah Dua Komando Selamat Tiba Di Subang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium