Jenazah Ibu dan Bayi 9 Bulan Maut Nahas Di Jalan Ampang Pechah Kuala Kubu Bharu Selamat Di Semadikan - pakdin.my

jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas-kebumi
Anggota Pasukan Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu turut membantu didalam menguruskan jenazah

Jenazah seorang ibu dan bayi berusia 9 bulan yang terlibat didalam kemalangan maut di Jalan Ampang Pechah kelmarin telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kaloi, Hulu Yam Bharu pada sebelah malam hari kejadian.

Dalam kejadian pada jam 3 petang 22 Julai 2014 itu, mangsa, Farah Natasha Mohamad, 27, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) manakala anaknya, Nurul Hannan Helizam maut di lokasi kejadian.

Suami Farah Natasha, Helizam Ali Nafiah, 27, yang memandu Perodua Viva berwarna hitam mengalami kecederaan parah apabila kedua-dua kakinya patah akibat tersepit di tempat duduk kenderaan.

Bayi sembilan bulan, ibu maut kemalangan

Kuala Kubu Bharu: Seorang ibu dan bayi perempuannya berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang itu, mangsa, Farah Natasha Mohamad, 27, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) manakala anaknya, Nurul Hannan Helizam maut di lokasi kejadian.

Suami Farah Natasha, Helizam Ali Nafiah, 27, yang memandu Perodua Viva berwarna hitam mengalami kecederaan parah apabila kedua-dua kakinya patah akibat tersepit di tempat duduk kenderaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaacob berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Viva, Toyota Avanza dan Proton Inspira yang dalam perjalanan menuju Rasah.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini masih dijalankan dan dua penumpang Perodua Viva disahkan meninggal dunia manakala pemandunya cedera parah,” katanya.

Menurutnya, anggota pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan pemandu kereta itu.

Difahamkan, anggota pasukan berkenaan turut membantu pihak keluarga menguruskan pengebumian kedua-dua beranak terbabit di Tanah Perkuburan Kampung Kaloi.

 jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (7)

jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (11) jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (10) jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (9) jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (8)  jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (6) jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (5) jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (4) jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (3) jalan-ampang-pecah-2-beranak-maut-nahas (2)

Anggota Pasukan Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu turut membantu didalam menguruskan jenazah

UTAMABERITAJenazah Ibu dan Bayi 9 Bulan Maut Nahas Di Jalan Ampang Pechah...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium