Jenazah Nor Atikah Mangsa Kebakaran Asrama Di Rusia Selamat Tiba Di Tanah Air - pakdin.my

jenazah-nur-atika-mangsa-kebakaran-rusia
Tunang Allahyarhamah Nor Artikah, Wan Muhammad Ikhwan Wan Ahmad Sayutti membacakan doa sejurus jenazah tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Moscow dengan penerbangan Emirates malam ini. Nor Artikah, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia, Moscow meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo berikutan melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki. Jenazah akan dikebumikan di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan.

Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lepas, selamat tiba di tanah air Sabtu malam.

Pesawat yang membawa jenazah Nor Atikah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam, dan disambut oleh sanak saudara serta beberapa kenalan.

Mengiringi jenazah dari Moscow ialah bapanya Alias Yaacob, ibu Najihah Mat Jusoh serta tunang Nor Atikah iaitu Wan Mohd Ikwan.

Van yang membawa jenazah meninggalkan kompleks kargo KLIA pada 10.45 malam dan menuju ke kampung halaman arwah di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan dengan diiringi tiga buah kereta yang membawa anggota keluarga.

Ketika ditemui pemberita, Alias berkata jenazah Nor Atikah dijangka dikebumikan di Kampung Bukit pada 10 pagi Ahad.

Alias juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam urusan membawa pulang jenazah anaknya ke tanah air, antaranya Wisma Putra, Yayasan Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nor Atikah, 25, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia di Moscow meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo akibat melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.

Segala kos untuk membawa pulang jenazah Nor Atikah ditanggung oleh kerajaan Terengganu kerana Allahyarham merupakan pelajar tajaan Yayasan Terengganu.

nur-atikah-alias

Nama Penuh: Nur Atikah Binti Alias

Umur: 25 Tahun

Asal: Kuala Terengganu

Nama Bapa/ Ibu: Alias Yacob & Najiha Mat Jusoh

Bidang: MBBS ( Medicine atau Perubatan), Tahun Akhir

Status: Anak kedua daripada 5 Adik beradik

Punca Kematian: Melecur 30 Peratus

Pendidikan: Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia (Russian National Research Medical University Moscow)

Tajaan Pendidikan: Biasiswa Yayasan Terengganu

UTAMABERITAJenazah Nor Atikah Mangsa Kebakaran Asrama Di Rusia Selamat Tiba Di Tanah...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium