Jenazah Tunku Jalil selamat dimakamkan - pakdin.my

tunku-abdul-jalil-mangkat-dimakam-1

JOHOR BAHRU: Jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, kira-kira jam 2.40 petang tadi selepas diarak menggunakan pedati dari Istana Besar Johor Bahru.

Hujan renyai yang mengiringi istiadat pemakaman itu diteruskan dengan bacaan talkin yang disempurnakan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengiringi istiadat perarakan Pedati Diraja yang diarak dari Istana Besar Johor Bahru ke Makam Mahmoodiah sejauh tiga kilometer.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut mengiringi jenazah Almarhum di atas pedati yang ditarik 10 askar Timbalan Setia Negeri (TSN).

Jenazah Almarhum ditempatkan di sebelah kanan makam nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Ismail.


Jenazah Tunku Abdul Jalil dibawa dengan Pedati Diraja

tunku-abdul-jalil-mangkat-dimakam-2

JOHOR BAHRU: Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Tunku Abdul Jalil dari Istana Besar menaiki Pedati Diraja yang ditarik perlahan-lahan sejauh kira-kira tiga kilometer oleh askar Timbalan Setia Negeri (TSN) dan anggota Polis Diraja Malayaia (PDRM) menuju ke Makam Diraja Mahmodiah, di sini.

Mengiringi Pedati Diraja ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang mengetuai perjalanan ke makam.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Tunku Temenggong, Tunku Idris Ibrahim turut mengiringi Pedati Diraja.

UTAMAJenazah Tunku Jalil selamat dimakamkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium