Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Global

All countries
246,000,106
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
All countries
221,200,616
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
All countries
4,992,068
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Jentera Umno, BN Perlu Kerja Keras Tingkat Persepsi Serta Aspirasi Rakyat – Najib

 

Jentera Umno perlu bekerja keras dan merangka strategi baru untuk meningkatkan lagi persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi masa kini seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Twitter dan Facebook, perkara yang lebih penting dalam politik adalah persepsi dan bukannya realiti.

“Politik adalah mengenai persepsi. Bukan soal realiti… pembangkang pandai main persepsi yang sudah benar pun nak nafi. Nak minta DNA pun tidak bagi, soal jam tangan Omega tidak terjawab sampai sekarang.

“Sebab itu Umno dan BN mesti tahu bagaimana kita boleh mempengaruhi minda dan citarasa rakyat supaya mereka lihat Umno dan BN parti yang berkesan, terbaik dan boleh bela rakyat berbanding orang lain yang pandai berjanji tetapi tidak laksanakan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Ampang di sini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo.

Najib berkata justeru, Umno dan BN perlu membuat sesuatu yang lebih berkesan bagi menunjukkan ia lebih memahami aspirasi rakyat supaya realiti, persepsi serta sentimen rakyat lebih berpihak kepadanya.

“Kerajaan telah buat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), kita ada pelan yang lebih terperinci, road map yang lebih jelas bukan macam pembangkang yang pandai berjanji. Mereka main dan jual janji tetapi kita tidak boleh sebab kita parti yang memerintah.

“Kita mesti lebih daripada mereka, biarlah persepsi rakyat lebih baik dan meningkat daripada pihak-pihak lain. Kalau rakyat suka BN rakyat akan pilih, kalau benci mereka akan pilih orang lain untuk mewakili kawasan mereka,” katanya.

Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata Umno juga mesti sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sama ada tahun ini, tahun depan mahupun 2013.

“Kita mesti bersedia bukan setakat dry run (pilihan raya) sahaja tetapi kena bersedia terhadap persepsi rakyat dan sentimen yang lebih baik, itu yang mesti diutamakan,” katanya.

Beliau berkata jentera parti juga perlu memberi tumpuan terhadap penyokong parti dan mereka yang belum menjadi penyokong kerana Umno dan BN adalah parti yang membela semua kaum.

Dalam pada itu, Najib sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa beliau akan memilih calon yang disukai rakyat dan boleh menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ada juga saya dengar orang main ‘cop’ kawasan, (apa yang penting) kita mesti tengok performance dia, sama ada dia bekerja kuat untuk kepentingan parti, sama ada dia disukai rakyat atau tidak, ada pembawaan dan nilai moral seorang pemimpin yang boleh kita calonkan,” katanya.

Pada sidang berita kemudian, Najib berkata projek pertama Skim Rumah Pertamaku dijangka dilaksanakan bulan depan di mana kebanyakan rumah yang dibina berharga dalam lingkungan RM220,000.

“Ini sebagai projek permulaan dan saya sedang merumuskan satu pendekatan baru supaya bilangan rumah-rumah yang mampu dimiliki dan berkualiti dapat kita bina dengan bilangan yang besar,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa kerajaan membela Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan rakyat yang perlu menanggung kenaikan tarif elektrik, Najib berkata dakwaan itu tidak tepat kerana kerajaan lebih membela rakyat daripada IPP.

“Dalam keadaan sekarang, kita tahu bahawa IPP yang kita ada sekarang kebanyakan formulanya tidak lagi berat sebelah. Kita sedang runding dengan IPP dan kerajaan akan menghuraikan dengan lebih lanjut apabila sampai masanya,” katanya.

 

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021