Jepun bertegas ‘tiada perubahan’ pada Sukan Olimpik Tokyo susuli amaran perjalanan AS

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

TOKYO: Satu amaran perjalanan yang baru saja dikeluarkan oleh Amerika Syarikat tidak akan menjejas Sukan Olimpik Tokyo yang bakal diadakan semasa musim panas ini, tegas pemerintah Jepun dan penganjur temasya sukan tersebut pada Selasa (25 Mei).

Makluman Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Isnin (24 Mei) menggesa rakyat negara itu supaya mengelakkan perjalanan ke Jepun di mana sempadan-sempadan negara itu sudahpun ditutup kepada hampir kesemua warga asing.

Makluman itu turut menukil nasihat kesihatan pemerintah, serta “faktor-faktor tambahan seperti ketersediaan penerbangan komersial, sekatan terhadap kemasukan warga Amerika dan halangan untuk mendapatkan hasil ujian COVID-19 dalam masa tiga hari.”

Makluman itu dikeluarkan kurang dua bulan sebelum upacara perasmian temasya sukan itu, yang terpaksa ditunda pada tahun lalu apabila pandemik COVID-19 terus menular ke seantero dunia.

Pemerintah Jepun berkata bahawa langkah terkini Amerika itu tidak akan menjejas kelangsungan temasya sukan itu.

“Kami difahamkan bahawa tiada perubahan pada pendirian Amerika Syarikat untuk menyokong usaha Jepun mengadakan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik,” jelas jurucakap pemerintah, Katsunobu Kato.

Beliau turut mendedahkan, Jepun sudah dimaklumkan bahawa keputusan itu “tidak berhubung kait” dengan rancangan delegasi Olimpik Amerika Syarikat.

Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengatakan bahawa ia akan terus “bekerja rapat bagi menjaga keselamatan dan penyertaan kesemua atlit dalam temasya sukan itu.”

Jawatankuasa Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa mereka ‘meyakini’ langkah keselamatan dan ujian kerap yang bakal dijalankan untuk para atlit dan kakitangan dan ini akan “membolehkan kontinjen atlit Amerika Syarikat bertanding dengan selamat semasa musim panas ini”.

– AFP/IA/nk

BACA juga:

Leave a Reply