Jerebu: Sekolah Di Semenanjung Kecuali Kelantan, Labuan Ditutup Dua Hari - pakdin.my

mahadzir-khalid-jerubu

Semua sekolah di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan diarah ditutup dua hari mulai Isnin kerana keadaan jerebu yang semakin teruk.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan keputusan itu berkuatkuasa 5 dan 6 Oktober ini.

“Untuk Kelantan, Sabah dan Sarawak, Kementerian Pendidikan akan pantau situasi jerebu setiap jam sebelum memutuskan untuk menutup sekolah di sana.

“Jika keadaan jerebu semakin teruk, kami akan ambil langkah sama,” katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di Jalan Kuala Kedah, Ahad.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Datin Azuyah Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Mahdzir menerusi laman Facebook beliau memaklumkan, sekolah di Labuan kekal dibuka tetapi pada sesi petang bagi sekolah di Kedah, Terengganu dan Johor ditutup pada Ahad.

“Pelajar dan guru tidak perlu hadir ke sekolah,” katanya sambil menambah tiada penggantian untuk arahan penutupan sekolah itu.

Bagaimanapun, katanya, peperiksaan PT3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) tahun ini akan berlangsung mengikut jadual.

UTAMAPOLITIKJerebu: Sekolah Di Semenanjung Kecuali Kelantan, Labuan Ditutup Dua Hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium