Jerebu: Tabika Kemas Tutup Secara Automatik Jika Sekolah Ditutup – Ismail Sabri

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Keadaan jerubu di salah sebuah sekolah berdekatan Tanjung Malim

Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ditutup secara automatik jika sekolah di sesuatu kawasan berkenaan diisytiharkan tutup oleh Kementerian Pendidikan akibat jerebu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan Tabika Kemas itu adalah selari dengan keputusan Kementerian Pendidikan.

“Perkara tersebut telahpun diputuskan sebelum ini, namun masyarakat masih belum mengetahuinya secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri turut meminta pengusaha Tabika KEMAS supaya sentiasa peka dengan pengumuman Kementerian Pendidikan memandangkan sesi pembelajaran dijalankan dalam kelas yang tidak berhawa dingin.

Terdahulu pada Ahad, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan diarah tutup selama dua hari, mulai esok berikutan keadaan jerebu semakin buruk di negeri-negeri berkenaan.

Mengenai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Ismail Sabri berkata MRSM tidak melaksanakan kelas formal di bilik darjah, sebaliknya pelajar hanya digalakkan mengulang kaji pelajaran di pusat sumber, bilik seminar dan dewan besar yang kesemuanya berhawa dingin.

Beliau berkata, memandangkan MRSM melaksanakan Pendidikan Secara Asrama Penuh Berstruktur, adalah tidak praktikal untuk membenarkan pelajar pulang ke rumah.

“Sebaliknya operasi dengan sesi pembelajaran boleh dijalankan secara tidak formal seperti di perpustakaan yang berhawa dingin,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply