24.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 9, 2021

Jerman layak suku akhir atasi Algeria selepas masa tambahan #PialaDunia2014

PEMAIN Jerman, Andre Schuerrle (tiga dari kanan) menjaringkan gol pertama bagi pasukannya pada minit ke-92 menewaskan penjaga gol Algeria, Rais M'Bolhi
PEMAIN Jerman, Andre Schuerrle (tiga dari kanan) menjaringkan gol pertama bagi pasukannya pada minit ke-92 menewaskan penjaga gol Algeria, Rais M’Bolhi

 

JERMAN 2
(Andre Schuerrle, m-92, Mesut Ozil,m-120)

ALGERIA 1
(Abdelmoume Djabou, m-120)

PORTO ALEGRE: Jerman menamatkan badi kekalahan kepada Algeria hasil kemenangan sukar 2-1 yang dicatat selepas masa tambahan aksi pusingan kedua di Stadium Beira-Rio untuk mara ke suku akhir dengan ketiga-tiga gol dijaringkan pada masa tambahan.

Hadir dengan status pilihan dan juara tiga kali, Jerman begitupun terpaksa bergelut terutama pada babak pertama sebelum diikat tanpa jaringan oleh Algeria yang kali pertama beraksi di pusingan kedua Piala Dunia.


Malah, Algeria lebih banyak mencipta peluang pada babak pertama dan sekalipun Jerman berjaya menampilkan aksi lebih tersusun selepas rehat, mereka terus buntu untuk merobek gawang lawan sekalipun memperoleh rentetan peluang terbaik menjaringkan gol.

Jerman seharusnya mendahului pada minit ke-80 selepas Sami Khadira berjaya melepaskan hantaran tepat ke kepala Thomas Mueller namun tandukan di depan gawang Algeria berjaya diselamatkan penjaga gol, Rais M’bolhi yang menonjolkan aksi menakjubkan.

Mueller sekali lagi memperoleh peluang seminit kemudian namun kuisannya pula tersasar ke kiri gawang Algeria.

Jerman kemudian mendapat sepakan percuma di depan gawang Algeria pada minit ke-87 namun tindakan untuk mengelirukan pertahanan lawan tidak berjaya menyaksikan Muller terjatuh ketika mahu mengambil sepakan.

Gawang Algeria terus diuji ketika perlawanan berbaki seminit namun M’bolhi sekali lagi menampilkan magis untuk menyelamatkan usaha Bastian Schweinsteiger yang juga tepat di depan gawang.

Dan ketika ramai yang menjangka perlawanan akan sekali lagi ditentukan menerusi penalti, Jerman meledak gol pertama menerusi Andre Schurrle yang meledak masuk bola hantaran cantik Mueller hanya dua minit masa tambahan bermula.

Gol kedua Jerman disumbang Mesut Ozil ketika masa tambahan tamat dengan bijak memanfaat kelemahan pertahanan Algeria di depan gawang yang kemudian meledak gol pertama menerusi Abdelmoumene Djabou namun ia sudah terlewat.

Untuk rekod, Jerman sebelum ini tumbang dalam kedua-dua perlawanan menentang Algeria sebelum ini termasuk di Piala Dunia 1982 yang berakhir dengan keputusan 2-1.

Lawan Jerman di suku akhir nanti adalah bekas juara 1998, Perancis.

Barisan pemain:

 

JERMAN

1. Manuel Neuer (Goalkeeper)
17. Per Mertesacker
20. Jerome Boateng
4. Benedikt Höwedes
21. Shkodran Mustafi
18. Toni Kroos
16. Philipp Lahm
7. Bastian Schweinsteiger
13. Thomas Müller
19. Mario Götze
8. Mesut Özil

Simpanan:
14. Julian Draxler
6. Sami Khedira
15. Erik Durm
10. Lukas Podolski
12. Ron-Robert Zieler
11. Miroslav Klose
22. Roman Weidenfeller
2. Kevin Großkreutz
23. Christoph Kramer
9. André Schürrle
3. Matthias Ginter

Coach: Joachim Löw


 

ALGERIA

23. Rais M’Bolhi (Goalkeeper)
20. Aissa Mandi
4. Essaïd Belkalem
3. Faouzi Ghoulam
5. Rafik Halliche
8. Mehdi Lacen
19. Saphir Taïder
10. Sofiane Feghouli
15. Soudani
22. Mehdi Mostefa
13. Islam Slimani

Simpanan:
17. Liassine Cadamuro
6. Djamel Mesbah
14. Nabil Bentaleb
21. Riyad Mahrez
11. Yacine Brahimi
9. Nabil Ghilas
16. Mohamed Zemmamouche
2. Madjid Bougherra
18. Abdelmoumene Djabou
12. Carl Medjani
7. Hassan Yebda
1. Cédric Si Mohamed

Coach: Vahid Halilhodzic

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.