Jerman seri 2-2 dengan Ghana - pakdin.my

pialadunia2014-germany-ghana-1

FORTALEZA, Brazil: Ghana mengikat Jerman untuk seri 2-2 biarpun penyerang veteran, Miroslav Klose masuk sebagai pemain gantian untuk menyamakan rekod jaringan Piala Dunia dengan gol penyamaan dalam saingan Kumpulan G.

Klose kini menjaringkan 15 gol Piala Dunia, sama dengan catatan bekas bintang Brazil, Ronaldo.

Klose menjaringkan gol penyamaan itu pada minit ke-71, kurang dua minit selepas masuk beraksi apabila sepakan sudut Toni Kroos ditolak ke hujung gawang oleh Benedikt Hoewedes dan penyerang itu menggelungsur untuk menolak bola masuk.

Mario Goetze meletakkan Jerman di depan pada minit ke-51 tetapi Ghana menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Andre Ayew.

Kapten Ghana, Asamoah Gyan kemudian meletakkan pasukan Afrika itu di depan pada minit ke-63 hanya untuk Klose memadam kelebihan itu.

 

Senarai Pemain dan penjaring gol

Germany: Neuer, Howedes, Hummels, Khedira (Schweinsteiger 69), Ozil, Muller, Lahm, Mertesacker, Kroos, Gotze (Klose 69), Boateng (Mustafi 46)

Gol: Gotze 51, Klose 71

Ghana: Dauda, Gyan, Atsu (Wakaso 72), Boateng (J Ayew 53), A Ayew, Muntari, Rabiu (Badu 78), Mensah, Asamoah, Boye, Afful

Gol: A Ayew 54, Gyan 63

UTAMAGAYA HIDUPJerman seri 2-2 dengan Ghana

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium