Jho Low, bapa tiada dalam senarai Interpol – Rejim Mahathir Pembohong - pakdin.my

Bila dah bersama rektum Mahathir kena jadi penipu dan bersyubahat dengan fitnah.

………….

Ahli perniagaan yang masih diburu pihak berkuasa kerana dipercayai terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Taek Low atau Jho Low bersama bapanya, Tan Sri Low Hock Peng didapati tiada dalam senarai notis merah Interpol.

Hasil carian dilakukan di portal Interpol mendapati hanya 14 individu rakyat Malaysia yang dikehendaki melibatkan 11 lelaki dan tiga wanita.

Antara nama yang dipaparkan dalam portal tersebut termasuklah bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu; penjenayah kolar putih Micheal Soosai serta dalang kes kecurian kereta terbesar, Robin Hai @ Nyo Ah Hai.

Keputusan semakan dilakukan sekali gus menimbulkan persoalan orang ramai terhadap kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebelum ini memaklumkan akan menghantar notis merah kepada Interpol untuk tindakan susulan.

Pada 24 Ogos lalu Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan bersama bapanya selepas membenarkan pihak polis dan Pejabat Peguam Negara mendapatkan waran tangkap terhadap mereka.

Pada hari sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan PDRM telah mengemukakan permohonan notis merah kepada Interpol bagi mengesan dan menangkap kedua-dua individu tersebut.

Jho Low menjadi perhatian dunia kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB menyebabkan beliau masih diburu pihak berkuasa di negara ini.

Sehingga kini beberapa tindakan telah diambil untuk menjejakinya seperti membatalkan pasport antarabangsa milik ahli perniagaan itu oleh Jabatan Imigresen pada 4 Julai lalu.

Selain itu, kapal mewah yang didakwa milik Jho Low juga turut disita sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan 1MDB, dua syarikat subsidiarinya dan Kerajaan Malaysia untuk menjual kapal tersebut.

Jho Low bagaimanapun mendakwa tidak bersalah terhadap segala tuduhan dilemparkan kepadanya.

……..
https://pakdin.my/tag/jho-low

UTAMABERITAJho Low, bapa tiada dalam senarai Interpol - Rejim Mahathir Pembohong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium