Jika benar populariti Muhyiddin melonjak, segera bubar atau benarkan sidang parlimen

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

Walaupun melalui pelbagai tinjauan sebelum ini menunjukkan populariti atau penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurun, kajian terkini Merdeka Center pula menunjukkan rating Muhyiddin dianggap ‘stabil’ iaitu 67 peratus. Rating tertinggi ialah pada bulan Julai 2020 iaitu 74 peratus dan pada bulan Januari tahun ini pula ialah 63 peratus. 

Rujuk pautan; https://www.malaysiakini.com/news/571889

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, jika rating Muhyiddin sudah meningkat 4 peratus kepada 67 peratus maka wajar Perdana Menteri  menyambung sidang Parlimen atau terus membubarkan Parlimen dalam keadaan populariti sedang melonjak. 

Kalau tidak berani bubar, bermakna Perdana Menteri tidak percaya pada kajian tersebut.” 

Dengan pandemik Covid-19 semakin naik, ekonomi makin teruk, rakyat makin susah dan duit sudah habis adalah wajar kerajaan lebih stabil diberi mandat baru.”

Bersatu dan Perikatan Nasional wajar menimbangkan perkara ini sebaik mungkin dan Muhyiddin pula tidak boleh mendengar sangat mereka di sekelilingnya yang ragu-ragu dengan Perdana Menteri mereka sendiri. Mereka tidak boleh memperlihatkan Muhyiddin ini lemah dan takut berdepan dengan pemimpin lain dan rakyat dengan menutup Sidang Parlimen.

Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-15 kelak, Muhyiddin perlu ditonjolkan kuat dan berani serta yakin dengan kemampuan diri sendiri. Lagi lama menutup Sidang Parlimen akan hanya melemahkan Muhyiddin dan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri, Bersatu dan Perikatan Nasional.

Lagipun Exco Armada Harris Idaham Rashid juga berkata, 79 peratus golongan belia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin. Bolehlah juga Undi-18 dilaksanakan.

Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/malaysiagazette.com/2021/04/25/79-peratus-belia-puas-hati-dengan-muhyiddin-exco-armada/%3famp

Justeru rugilah Bersatu dan Perikatan Nasional tidak mahu memanfaatkan peluang dan mengambil kesempatan ketika populariti Muhyiddin sedang melonjak dan diterima rakyat dengan membubarkan atau buka Sidang Parlimen. 

BACA juga:

Leave a Reply