Home / :: BLOG :: / Jika betul 40 MP UMNO sertai PPBM, ‘Game Over’ buat Anwar

Jika betul 40 MP UMNO sertai PPBM, ‘Game Over’ buat Anwar

Kenyataan Datuk A Kadir Jasin yang mendakwa kira-kira 40 Ahli Parlimen UMNO berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Ramai sangsi sama ada dakwaan itu benar atau tidak walaupun khabar angin ramai lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO akan meninggalkan parti..

Kenyataan Kadir itu turut mendapat perhatian Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa apabila status terbarunya di Twitter turut menyentuh isu ini.

Malah posting Annuar itu juga mengatakan kenyataan terbaru yang dikeluarkan Datuk A. Kadir Jasin adalah sebagai isyarat kepada senario politik yang bakal berlaku.

“Kenyataan terbaru sahabat saya DAKJ (Datuk A. Kadir Jasin) adalah bertujuan memberi isyarat kepada DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa dengan ini, anggap lah ‘GAME OVER’ for Anwar,” katanya dalam posting tersebut.

Dalam postingnya itu turut dikepilkan kenyataan ‘dijangkakan seramai 40 Ahli Parlimen UMNO di seluruh negara dipercayai akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia’.

Difahamkan usaha menarik MP UMNO dan BN mahu diselesaikan sebelum pembentangan Bajet 2019 Jumaat depan.
Kenyataan Annuar mungkin merujuk kepada Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijanjikan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Atau mungkin bagi menyatakan apa juga perancangan politik bakal Presiden PKR itu sudah berakhir.
Terdahulu Kadir yang juga Ahli Majlis Tertinggi PPBM dalam kenyataannya berkata kira-kira 40 MP dari UMNO berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan PPBM.

Katanya kesemua mereka berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi PPBM,Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyididn Yassin serta para kepimpinan tertinggi parti itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.

“Buat masa ini, belum ada sesiapa yang hampir sampai peringkat Datuk Mustapa (Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Bersatu) walaupun mereka telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan pemimpin tertinggi PPBM.

“Mereka menggambarkan mereka terbuka kepada memikirkan untuk keluar UMNO dan masuk PPBM tetapi masalahnya mereka juga terpaksa memikirkan apa yang akan berlaku selepas itu kerana ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah kepada siasatan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan PPBM Bahagian Tebrau, hari ini.

Hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri juga mendedahkan beberapa Ahli Parlimen UMNO yang lain ada berjumpa dengannya, namun, tidak membuat apa-apa keputusan.

Ketika ditanya berapa ramai pemimpin UMNO berjumpa dengan beliau, Muhyiddin hanya menghitung jari-jarinya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Malam tadi, Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyertai PPBM selepas keluar dari UMNO pada 18 Sept lepas.

Beliau menyerahkan borang keanggotaan kepada Mahathir selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.
Selain Mustapa, wakil rakyat UMNO lain yang meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum ke-14 ialah: Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Syed Abu Hussin, Ahli Parlimen Labuan Datuk Seri Rozman Isli, Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, dan Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

Dengan penyertaan Mustapa, PPBM kini mempunyai 14 kerusi di parlimen, PAN 3, DAP 42, dan PKR 50 kerusi.

http://pakdin.my/tag/lompat-parti

(Visited 197 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

21 comments

  1. Iskandar Ahmad

    Pembelut…hati mcm lalang…jd banggang

  2. Kuzaini Adam

    Jika betul 40 org MP umno masuk PPBM maknanya game over mampus untuk umno la pakdin bongok..
    Pakdin dah jilat jubo tahik najibrosmah Hari minggu Ni??..

  3. Damia Zahrah

    wlau mcm mana skli pun.. umno ttp dihati..

  4. Muhd Danial

    TERGEMPAR SETELAH TUN KUASAI UMNO DENGAN MENAMBAH BILANGAN KERUSI MP BERSATU DR 13 KE 14 KADIR JASIN MENJANGKAKAN 40 MP UMNO AKAN BERPERINGKAT KELUAR UMNO MASUK BEBAS DAN SERTAI BERSATU DLM TEMPOH SEBELUM TUN M MEMBUAT PERALIHAN KUASA YG PKR IDAM2KAN S3DANGKAN OTAK GELIGA TUN M AKAN MEMBUATKAN BERSATU MEMPUNYAI 54 KERUSI MP PARLIMEN TERBANYAK DLM PAKATAN HARAPAN SEKALIGUS MENGAMEKAN ABG NON YG DIJANGKA TERSUNGKUR SEPERTI RAFIZI TERSUNGKUR DLM PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PKR 2018 YG DITANGGUHKAN LAGI UTK NEGERI PERAK MENUNGGU KEPUTUSAN NEGERI SELANGOR RAFIZI KALAH JAUH PERBEZAAN..JIKA SEBALIKNYA BERLAKU AZMIN DAN ZURAIDA KARTEL SERTA MP PARLIMEN TEAMNYA TURUT TIDAK RUGI DAN MENJADI SEMAKIN KUAT JIKA PERPECAHAN INI BERLAKU SISEBABKAN DESAKAN LIAR DAN KUAT NURUL IZZAH AKAN KEDUDUKAN BAPANYA SEBAGAI PM MUSNAH KERANA 54 MP BERSATU + 26 MP PKR TEAM KARTEL AZMIN DAN ZURAIDA MEMBUATKAN BERSATU MEMPUNYAI 80 KERUSI DAN TERBANYAK DLM PAKATAN PH MELAYAKKAN TAN SRI MUHYIDDIN MENJADI PERDANA MENTERI KE 8 DAN AZMIN TPM …JIKA SAH DAN CONFIRM 40 MP UMNO DIUGUT DAN DIBELI SECARA ANSUR-ANSURAN SEPERTI 6 KES TOK PHA YG TUN M TIDAK BUKA UTK MEMASTIKAN KELANTAN DIKUASAI PENUH OLEH BERSATU SETELAH LIM GUAN ENG MEMALUKAN KEPIMPINAN MISKIN MELAYU PAS…BEGITU JUGA TRENGGANU BAKALDIKUASAI BERSATU APABILA 4 KALI KUASA GELAP SADDIQ DAN TUN M TIDAK BERJAYA MELETAKKAN TRENGGANU JUARA PIALA MALAYSIA DI NAFIKAN OLEH DAP BRENDAN GAN YG MELUMPUHKAN 4 KONSPIRASI PENGADIL SURESH MENAFIKAN GOL SERI PERTAMA PERAK..TIDAK SAH..KEDUA 2 KAD MERAH DOLAUANGKAN PADA 2 PEMAIN YG TAK CETUSKAN PERGADUHAN DAN PENGADIL DENGAN SENGAJA TIDAK MENGHAMPIRI KAWASAN TERCETUS PERGADUHAN KETIGA MENGARAHKAN GAME DITERUSKAN TANPA MELIHAT SITUASI PERLAWANAN DAN KECEDERAAN YG DIHADAPI OLEH PEMAIN PERAK…DGN KUN FA YAKUN ALLAH 4 AGENDA PROPAGANDA SYED SADDIQ DAN PENGADIL SURESH YG TAK PERNAH BELIAU NAMPAK KATA TMJ JDT TELAH BERJAYA KUASA MUTLAK TAUHID ALLAH PERAK MENANG DGN MARUAH INTEGRITTI TINGGI KATA LIM GUAN ENG PADA BRWNDAN GAN DAN TUN ANWAR PKR.WALAUPUN BOOKEY HONGKONG BERJAYA MEMBELI SUFIAN PENJAGA GOL TGANU DAN NORJIC PEMAIN IMPORT TRGGANU UTK MEMBERI PELUANG DISAAT2 AKHIR PERAK DAPAT MASA TAMBAHAN DAN DAPAT PENALTI WALAUPUN PERGADUHAN DGN PERAK DICETUSKAN BELIAU KAT AH KEONG TAUKEY JUDI BOLA TAIKUN HONG KONG…..SAMA2LAH KITA TUNGGU SPRM BERTINDAK PADA SYED SADDIQ,SUFIAN DAN PEMAIN IMPORT TRENGGANU KERANA GAGAL MENAFIKAN KEMENENGAN MUTLAK KERAJAAN 0H DAP PERAK DAN PKR PERAK….KEDUA2 ALAM SENARIO ANTARA KUASA PARTI MANAKAH YG TERKUAT TIDAK SAMA DGN KUASA DAP DAN PKR PERAK MENENTANG KESIALAN DAN PERAMCANGAN HALUS CUCU MENANTU TUN M SADDIQ TOLOL YG DIJANKA MENYAMBUNG 50 TAHUN KUASA LEGASI TUN M SETELAH MUKHRIZ KAMI SUSUN NEXT PM 9,10,11,12 DAN SETERUSNYA AZMIN AND CONFIRM NO NURUL IZZAH,RAFIZI DAN TIAN CHUA KARTEL TEAM..KECIAN ABG NON 4 KALI DITOLOLKAN OLEH TUN M,MUKHRIZ DAN SADDIQ SIGARAGA LEGASI TUN M DLM KUASA POLITIK PEMBANGKANG BUKAN DAP ATAU ABG NON KATA AZMIN DAN BEKAS UNIT TERAJU BARUA TEGAR DAN TAAT TUN M……NAUZUBILLAH.https://www.facebook.com/groups/1448240855395253/permalink/2337987439753919/

  5. Mohd Sulaiman Mohd Yassin

    Ini lah macai macai perosak negara mereka andayan seolah mereka yang betul ,mereka ibarat a anai anai bersemunyi di sebalek tilam umno.

  6. Aija Wahab

    Yg nak jd katak., biar lah… ini kali jer la peluang mereka ada unt jd MP … Penggal depan…. JGN HARAPPP… Tp berguna jugak katak2 ni… bakal memporak perandakan Pakatan Hamjadah..
    Macam dah nampak jer sinar dihujung trowong tak siap Nobita ..KERA jaan PHamjadah bakal bungkus awal..

  7. Brain Bedul

    In Shaa Allah.. Allah bukan nak nanti beri Anwar jadi PM ..tapi Mohon Allah bantu UMNO kekalkan MP menawan Negara Malaysia ini dan Allah jatuhkan musrikin PH ini . Allah maha sayangkan Agama Islam..dalam apa jua pun akhirnya Allah akan buktikan Islam itu benar…Islam itu Benar..ISLAM ITU BENAR! AAMIIN.

  8. Zakaria Sahak

    Apa yang penting Kemakmuran, keamanan dan keharmonian hidup dinegara ini sehingga kita di jemput kembali…walla hu aklam…

  9. Mohamedkamaludin Abdrashid

    Itu tidak menjadi hairan kerana itulah kerja ph ugut paksa makhamah,
    A. M. L. A
    Angkara Mahadir lakhnat Allah
    Tunggu sajalah.

  10. Zack Sukun

    Kalo aku agong, org yg jd katak ni org pertama kn tembk mati.

  11. Muhammad Ahmad

    badut2 pemimpin melayu kalut fikir tentang habuan kesenangan dunia dia. yang penyokong dibawah sibuk maki hamun sesama sendiri..tepuk2

  12. Wan Rizal

    Saya pernah cakap Baru Baru ni, setelah dato anifah Aman Dan dato mustpha Mohammed keluar umno, Akan ramai lagi yg keluar umno.. Apa Boleh buat dah nasib badan.. Issh.. Issh.. Kesian…

  13. Mahat Osman

    Biar dia org keluar ,umno ramai lagi ahli bijak pandai yg boleh memimpin, ahli umno masih ramai lagi menanti kebangkitan umno, Umno… terus mara untuk RAKYAT MALAYSIA

  14. Hero Tamil

    Aikkkk Bkn ke Kata parti umno ni..party perompak tp di tarik jugak ahli nye bawa masuk ke dlm PH???
    Ohhh lupa pulak ketua dlm PH ni pun perompak..
    Bkn aku kata tp pakatan dlm video ni yg kata