Jika China tak beli sawit Malaysia, Felda tersungkur, kita tertiarap kata Najib - pakdin.my

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa jika projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibatalkan, China akan bertindak ke atas negara ini.

Pada kempen pilihan raya ke-14 di Kuala Berang, Terengganu, hari ini, Najib berkata kontraktor ECRL, China Communications Construction Company (CCCC), dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan China.

“Pembangkang kata kalau dia ada kuasa, ECRL dia nak batalkan. Batalkan ECRL ini syarikat milik penuh China.

“Yang buat (projek ECRL) itu CCCC. CCCC milik 100 peratus kerajaan China. Kalau dibatalkan kerajaan China kata kami takkan hantar pelancong ke Malaysia.

“Ada kedai bebas cukai (tetapi ) tak ada orang (datang) dah. Tauke kedai lap saja meja hari-hari. Ini bukan main-main, kawan-kain,” kata Najib.

Najib kemudian menceritakan bagaimana perbalahan antara Korea Selatan dan China pada tahun lalu menyaksikan Beijing mengharamkan pakej lawatan ke Pulau Jeju.

Pada satu ketika dahulu pelancong China dilaporkan menyumbang sehingga 80 peratus pengunjung ke Jeju. Pulau itu kini dikatakan hampir sunyi akibat perbalahan kedua-dua negara berkenaan.

Najib juga menggesa hadirin membayangkan mengenai kemungkinan jika China bertindak memulau minyak sawit Malaysia.

“Apa lagi? Dia pembeli terbesar kelapa sawit kita. Kalau dia kata China takkan beli kelapa sawit kita… Felda pun tersungkur nanti. Tertiarap kita nanti.

“Itulah dia, inilah keadaan sekarang, kalau tidak boleh uruskan dengan dasar-dasar yang jelas, rosaklah (negara) kita,” katanya.

Kuala Berang adalah kerusi DUN dan sebuah bandar yang terletak berhampiran Tasik Kenyir, yang menjadi sebahagian daripada kawasan Parlimen Hulu Terengganu.

Najib berkata walaupun ECRL tidak melalui kerusi pilihan raya itu, Terengganu akan mendapat faedah, terutamanya dengan wujudnya 80,000 peluang pekerjaan yang akan ditawarkan melalui projek itu.

……..
https://pakdin.my/tag/felda
https://pakdin.my/tag/china

UTAMAEKONOMIJika China tak beli sawit Malaysia, Felda tersungkur, kita tertiarap kata Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium