24 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

JIKA IKUTKAN HATI , MAHATHIR TIDAK MAHU TUNGGU PRU14

20160909-mahathir-muhyiddin-parti-baharu-jpg

Ketika semua parti baik dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan Harapan bercakap mengenai PRU14 dan bersiap siaga terhadapnya, hal yang sama tidak boleh dikatakan terhadap Tun Mahathir.

Walaupun Mahathir kelihatan seolah olah bersungguh sungguh dengan parti barunya, namun ia sekadar opsyen akhir jika apa yang secara sulit yang dia sedang rencanakan akan gagal.

Mahathir tidak sama dengan kesemua individu dalam negara serta ahli politik yang lain. Tidak sama kerana Mahathir naik menjadi Perdana Menteri pada 1981 dalam masa yang singkat, daripada tiada apa apa selepas dipecat dari UMNO. 1972 ke 1981, hanya 9 tahun sahaja.

Mahathir mudah lupa. Mahathir masuk UMNO kerana jasa bapa Najib pada 7 Mac 1972.

Rakyat dapat lihat apa sebenarnya terjadi di belakang rakyat, apabila tiga Tan Sri iaitu Zeti Akhtar (BNM), Abu Kassim (SPRM) dan Ab Ghani Patail (AG) tiba tiba disebut namanya oleh Mahathir sebagai berkonspirasi dan kononnya Mahathir sendiri tidak masuk campur.

Ia menunjukkan Mahathir sebenarnya berkonspirasi tahap tinggi tetapi sebagai biasa enggan mengaku dan kononnya tidak masuk campur.

Sebelum ini Speaker Dewan Pandikar Amin dikantoi mengadap Mahathir dan kedua duanya menuduh satu sama lain yang membuka pekung pertemuan.

Ramai pemerhati politik mengesyaki  Mahathir telah menggunakan Speaker Dewan tetapi pelan terkantoi dan masing masing memberi alasan tersendiri masing masing untuk menidakkannya.

Berkemungkinan Speaker Dewan mahu berbual sahaja tetapi di “drag” untuk bersama sama untuk menjayakan rencana Mahathir.

Kenapa kita kata Mahathir tidak akan tunggu PRU14 untuk menjatuhkan DS Najib? Dan akan melakar pelan mahu ambil kuasa dengan cara lain pula?

Kerana Mahathir amat kesuntukan waktu dan tersekat dana. Dia mesti jatuhkan najib dalam waktu terdekat 6 bulan.

Mahathir hanya boleh naikkan boneka jika “si boneka” dapat merasai nikmat jadi PM dalam masa 2 tahun setengah sahaja, jika Najib dapat melambatkan atau bertahan lebih lama , maka tiada ruang untuk si boneka naik sekejap, lalu Mahathir terpaksa tebal muka mengumumkan nama Perdana Menteri yang dia kehendaki terus demi menyambut wawasan 2020 bersama Perdana Menteri yang “bukan” Najib.

Mahathir juga dikesan menemui pelbagai orang dan kumpulan untuk merencanakan kehendaknya. Semalam pun masih ada pertemuan dengan kumpulan “orang” di pejabatnya.

Mahathir tahu jika parti Pribumi menghadapi PRU14 ketika itu partinya terpaksa berkompromi dengan parti parti lain, dan Pribumi tidak boleh dominan kerana dalam Pakatan dia lebih junior dari PAN, apatah lagi dengan yang lain.

Mahathir mahu “berkuasa” dan bukan “berkongsi” kuasa.

Jika terpaksa berkompromi untuk kuasa setelah menang pun satu hal, apatah lagi sebelum bertanding pun kena bergaduh dan bertekak satu sama lain.  Mana mungkin Pribumi mahu sedikit kerusi berbanding parti lain.

Apakah parti yang bertanding kerusi yang sedikit dapat kedepankan calonnya untuk jadi Perdana Menteri? Tentu mustahil.

Maka disini amat benarlah kata pendapat beberapa pemimpin UMNO, Pribumi katanya, akan hanya menyusahkan komponen Pembangkang sahaja, kerana yang berhadapan dengan UMNO tetap musuh yang satu iaitu siapa siapa dari kumpulan pembangkang.

Maka pilihlah siapa yang layak berhadapan dengan UMNO.

Dalam ketika memilih calon untuk berhadapan dengan BN sebelum wujud Pribumi pun sudah bercakaran dan bertindih kerusi menjadi 3 penjuru , apatah lagi dengan wujudnya parti Pribumi.

Maka benar juga kata sumber kami, iaitu Mahathir sedang merencanakan sesuatu sebelum PRU14.

Dalam masa terdekat ini dia akan cuba buat sesuatu, kita sudah lihat cara dia gunakan kepala agensi dan kerajaan untuk menjadi alatnya.

Kita juga sudah melihat dia menggunakan media asing.

Dan kali ini , kata sumber itu orangnya sedang bergerak berjumpa dengan VIP , “top government official” dan pelbagai jenis orang untuk masuk menjadi ahli parti Pribumi sebagai “morale booster” supaya orang dan rakyat bawahan akan terpikat untuk ikut sama.

Cuma bezanya , yang dipelawa itu mendapat habuan dan janji habuan, sedangkan yang bawahan hanya akan dapat borang percuma sahaja.

Maka sumber itu juga berkata Mahathir tidak mahu kongsi kuasa, macam mana hendak capai kehendaknya jika berkongsi kuasa?

Jika boleh tumbangkan Najib dengan cara yang dia cuba buat sebelum ini, tentu tidak perlu berkongsi kerana dia boleh “claim” tumbangnya Najib kerana usaha dia dan dialah berhak tentukan siapa boleh jadi PM.

Untuk maklumat semua, wakil parti Pribumi tidak pernah bercerita apa yang hendak dia lakukan demi rakyat , tiada sedikit pun agenda rakyat, apa yang dia ceritakan hanya teori mahu selamat kan Malaysia.

Selain itu, kisah 1MDB dijaja kehulu dan kehilir, tanpa bukti tarikh dan saksi, hanya bermain dengan kisah sensasi sahaja.

Parti Pribumi wujud kerana dendam dan peribadi, tiada lain melainkan melayan nafsu peribadi Mahathir sahaja. Tiada lain melainkan itu.

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan