33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Jika sekolah Cina dapat, kenapa tidak Tahfiz?

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) gesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut pertimbang bajet kepada sekolah swasta lain termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, jika PH berhasrat beri peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai sebahagian daripada belanjawan pembangunan kerajaan Persekutuan, kerajaan juga tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta di bawah institusi pendidikan agama.

“ABIM menggesa kerajaan PH membuat pertimbangan serius untuk memberikan peruntukan tahunan serta layanan yang sama kepada sekolah swasta lain dalam pelan holistik kewangan negara terutama dalam perbelanjaan pembangunan kerana banyak sekolah swasta agama yang lebih memerlukan.

“Kerajaan tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat terutama yang menggunakan kurikulum kebangsaan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara serta silibus yang selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa kementerian itu tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada SMPC dan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Namun Maszlee kemudiannya berkata, peruntukan kerajaan PH kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebangsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan namun keperluan dan bentuk peruntukan itu akan diputuskan berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan serta selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.

Rujukan https://pakdin.my/tag/tahfiz






Berita Berkaitan

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

UMNO-PAS kekal muafakat!

Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS...

UMNO nafi keluar surat sokong Anwar jadi PM

Surat yang mulanya disebarkan melalui portal berita MalaysiaNow memperlhatkan surat tersebut dalam bentuk format...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan