26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

JKKKP Diminta Lapor Salah Guna Masjid, Surau Di Selangor

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Selangor diminta melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak tertentu menyalahgunakan masjid dan surau di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pengerusi JKKKP perlu memandang serius perkara itu selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang masjid dan surau dijadikan medan berpolitik.

“Pengerusi JKKKP perlu peka dengan membuat laporan segera sekiranya ada guru agama yang mengajar tanpa tauliah di kariah mereka, atau pihak-pihak yang salah guna masjid dan surau, kerana sebagai pegawai yang dilantik, mereka perlu berperanan pastikan keselamatan dan keamanan kampung terjamin,” katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata demikan selepas merasmikan seminar 1Malaysia: Kepemimpinan dan Pengukuhan JKKKP serta menyampaikan elaun bulanan kepada 340 Pengerusi JKKKP.

Beliau berkata JKKKP perlu berusaha lebih gigih untuk memenangi hati penduduk berikutan persaingan hebat yang ditunjukkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di peringkat kampung di seluruh negeri ini.

Katanya, rakyat sedang menilai keberkesanan JKKKP dalam membela nasib mereka dan jika jawatankuasa itu berjiwa rakyat serta serius melakukan perubahan ke arah kebaikan, rakyat di Selangor pasti akan kembali bersama Barisan Nasional (BN).

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.