24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

JPN Perjelas Isu Pengeluaran Kad Pengenalan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kad pengenalan palsu yang kononnya terdapat dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia turut berkata tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan kerana JPN hanya mengeluarkan kad berkenaan kepada mereka yag benar-benar layak berdasarkan peruntukan perundangan negara.

“Adalah ditegaskan bahawa JPN tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan palsu dan sebaliknya hanya membekalkan rekod sahih sahaja kepada SPR untuk tujuan semakan identiti daftar pemilih,” kata JPN dalam satu kenyataan Khamis.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini dilapor telah menghantar memorandum kepada JPN mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan membabitkan dua perkara utama iaitu penggunaan kod negara “71” dan kad pengenalan palsu dalam DPI.

JPN berkata dakwaan yang dibuat pihak berkenaan melalui memorandum itu adalah tidak benar.

Menjelaskan isu individu yang didakwa mempunyai nama yang sama dan memiliki nombor kad pengenalan hampir sama, JPN berkata rekod jabatan menunjukkan sembilan daripada 10 nama disahkan merupakan individu berlainan berdasarkan gambar dan cap jari yang berbeza.

“Mereka mempunyai persamaan hanya pada nama dan tarikh lahir sahaja. Individu ke-10, Azinah binti Mohd Fazin (800820-02-5150) tiada rekod di jabatan ini,” kata kenyataan itu.

JPN menjelaskan kod negara “71” yang terdapat dalam nombor pengenalan diri digunakan mulai 1990, dan pada masa itu kod khusus bagi setiap negara luar masih belum diwujudkan dengan hanya kod negara 71 diguna pakai bagi semua kelahiran warga Malaysia dan pemastautin tetap Malaysia di luar negara.

“Mulai 2001, kod negara secara khusus bagi pengenalpastian negara kelahiran individu diwujudkan bertujuan membezakan kod kelahiran individu di luar negara,” kata JPN, sambil menambah nombor pengenalan diri yang dikeluarkan menggunakan kod negara 71 sebelum ini, adalah sah dan terpakai bagi pemilik sedia ada.

Nombor pengenalan diri 12 digit pada kad pengenalan mula digunakan pada 1990 dan merupakan kombinasi antara tarikh lahir, kod negeri/negara tempat lahir serta nombor siri janaan komputer bagi menjadikan nombor tersebut unik dan tiada pertindihan.

Senarai kod-kod negara luar yang dimaksudkan boleh dilayari melalui portal rasmi JPN, www.jpn.gov.my.

MARI KITA LIHAT CONTOH NOMBOR KAD PENGENALAN MEREKA YANG LAHIR DILUAR NEGARA DARI KALANGAN PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG.

SILA SEMAK DI LAMAN WEJABATAN PENDAFTARAN NEGARA MENGENAI MEREKA INI..

WAN AZIZAH

DAFTAR PEMILIH WAN AZIZAH - PRESIDEN PKR

AZMIN ALI - TIMBALAN PRESIDEN PKR

ZURAIDA - KETUA WANITA PKR

SAIFUDDIN NASUTION - SU AGONG PKR

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan